Laman Utama
Shuib Sudah Bersedia Anak Teruna & Gadis Meningkat Remaja - “Saya Selalu Tanya Uwais Dah Mimpi Ke Belum?”
Anak gadis semakin meningkat remaja, pelawak Shuib Sepahtu mengakui dia sudah bersedia untuk berdepan situasi di mana Dzahira Talita Zahr, 10, akan datang bulan atau period.
Malah Shuib, dia rasa beruntung kerana Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raissuddin sudah memberi peringatan mengenai perkara itu dan batas pergaulan sejak Talita kecil.
“Untung sebenarnya… sebab sebelum ini Sarah selalu kongsi dengannya. Dia pernah cakap dekat Talita ‘bila awak period nanti, beritahu ibu’ tak pun benda yang boleh dan tak boleh.
“Tentang pergaulan perempuan dan lelaki… apa yang boleh dah tak boleh. Sarah dah kongsi benda ini dari dia kecil. Bila dah besar ini dia faham benda yang dia dengar masa kecil.
“Saya seronok tengok anak perempuan membesar dengan baik, cara bercakap pun nampak dewasa. Kadang-kadang saya ada cakap dekat dia, ‘Ta kalau you period, cakap tau’,” katanya kepada Gempak.
Shuib ditemui ketika Acara Ambang 2023 IOI Properties Group yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada malam Sabtu.
Bukan sahaja Talita, Shuib turut berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya iaitu Uwais Alqarni yang kini semakin aktif dalam dunia golf.
“Sama juga dengan Wais… saya selalu tanya dia ‘you dah mimpi ke belum?’. Sebab dalam golf ada benda, bila dia masa kecil dan dewasa berbeza.
“Jadi, saya nak tunggu dia dewasa… sebab waktu itu, cara pemikirannya lain. Sekarang ini pun otak dia macam dah dewasa. Tapi saya nak betul-betul pastikan dia dewasa,” ujarnya.
Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan yang berusia setahun.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video