Penyanyi Mark Adam enggan memberi komen lanjut berkenaan rakan rapatnya, Shuib Sepahtu yang kini sedang dalam proses siasatan oleh Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran isu penggubahan wang haram.
Menurut Mark, dia sangat mengenali Shuib dan percaya bahawa rakan baiknya itu tidak akan melakukan perkara-perkara buruk.
"Saya tak boleh komen mengenai isu siasatan SPRM kerana keputusannya masih belum diketahui.
"Namun sebagai seorang kawan, saya yakin dia tidak akan melakukan perkara tak elok. Sepanjang saya mengenai Shuib, dia sangat suka membantu rakan-rakannya termasuklah saya sendiri," kata Mark ketika dihubungi Gempak.
September lalu, Mark telah membuka cawangan kedai minuman BubbleBee di Kompleks PKNS, Shah Alam hasil bantuan dan kerjasama bersama Shuib.
Mengulas tentang perniagaan yang berkait rapat dengan Shuib itu, Mark akui mungkin ada sesetengah pihak keliru dengan situasi sebenar yang dialami suami kepada penyanyi Siti Sarah itu.
"Perniagaan BubbleBee saya berjalan seperti biasa, mungkin ada sesetengah pihak yang keliru dengan situasi yang dihadapi Shuib buat masa ini.
"Insya-Allah, saya yakin perkara ini akan pulih juga nanti," katanya lagi.
Terdahulu, menerusi laporan Gempak pada 1 Oktober 2020, Shuib telah dipanggil SPRM untuk siasatan berkaitan kes penggubahan wang haram.
BACA : Kes Penggubahan Wang Haram, Shuib Beri Kerjasama Bantu Siasatan