Penyampai radio dan pelawak Shuib berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai badut, semalam.

Menurut Shuib, lelaki yang cacat pendengaran dan bisu itu sangat teruja untuk berjumpa dengannya secara empat mata.

"Masa saya ke outlet baru Bubblebee di Mydin Meru Ipoh tengah hari tadi, ada seorang abang badut ni beria-ria kejar dan nak jumpa saya.

"Bila jumpa dia bagitau yang dia pekak dan bisu," tulisnya di Instagram (IG).

Tambah suami kepada penyanyi Siti Sarah, pertemuan itu telah menyentuh hatinya kerana insan tersebut seakan faham dengan situasi yang sedang dialami sekarang.

"Walaupun saya tak berapa faham apa yang beliau cuba maksud dan sampaikan, tapi ianya sangat menyentuh hati saya.

"Beliau seolah-olah faham dengan apa yang sedang berlaku. Sesungguhnya tiada daya upaya hanya dengan pertolongan Allah swt.

"Semoga abang badut sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin," tulisnya lagi.

Masa sy ke Outlet baru Bubblebee di Mydin Meru Ipoh tghari td,ada seorang abang Badut ni beria ria kejar dan nak jumpa sy.Bila jumpa dia bgtau yg dia pekak dan bisu.Walaupon sy tak berapa faham apa yg beliau cuba maksud dan smpikan,tp ianya sgt menyentuh hati sy.Beliau seolah2 faham dengan apa yg sedang berlaku ?...Sesungguhnya tiada daya upaya hanya dgn pertolongan Allah swt.Semoga abang badut sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Amin . . @bubblebeemalaysia_hq #MydinMeruIpoh

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Shuib membantu menterjemahkan perbualan lelaki tersebut.

"@shahirarashid: Akhir skali tu dia suruh Shuib abaikan kata-kata orang. Pastu ada bahagian dia cakap sentiasa menunduk ke bumi (sambil tunjuk Shuib). Semoga dipermudahkan urusan Shuib.

"@a_s_y_r_a_f_a_f_i_q: Dia cakap pedulikan orang kata. Allah ada dan nampak. Jalan terus.

"@wanfreak: Saya faham yang akhir tu abang. Dia cakap jangan dengar mulut orang sentiasa sabar fokus dengan air abang. Semoga maju jaya di masa hadapan.

"@sisfelsyiema: Apa pun yang berlaku Allah ada jangan peduli cakap orang jalan terus, semoga Bubblebee terus memberi manfaat kepada semua orang.

"@_azuxn99: Maksudnya kalau abang Shuib jatuh jangan takut, Allah sentiasa ada, kuatkan berdoa. Jangan hiraukn mulut orang sekeliling, terus fikir ke hadapan," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.

Sementara itu, pihak syarikat pengurusan mengesahkan Shuib memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.

BACA: "Saya Anggap Ini Dugaan"- Shuib Ditahan 23 Jam Di SPRM