HIBURAN
Shuib Titip Ucapan Romantis, Syukur Miliki Isteri Seperti Watie - “Janganlah Awak Pergi Dulu Macam Mana Sarah Tinggalkan Saya”
Pelawak, Shuib mendedikasikan ucapan menyentuh hati kepada isterinya, Watie Hanifiah sempena hari lahirnya yang jatuh pada 8 Februari lalu.
Mula bertudung atas permintaan Shuib
Malah kata Shuib, tarikh tersebut amat istimewa bagi dirinya kerana Watie mula bertudung atas permintaannya walaupun belum mempunyai sebarang ikatan.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.