Shuk Cuak Air Ketuban Isteri Pecah Depan Mata
Ahmad Shah
31/10/2016 09:41 MYT
31/10/2016 09:41 MYT
Pelawak Shuk SYJ berdepan detik cemas apabila melihat sendiri air ketuban isterinya pecah di hadapan mata pada pagi Sabtu lalu.
Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, berkata ketika kejadian tersebut berlaku dia baru tiba di rumah selepas pulang dari berjumpa pelawak Mamak dari kumpulan Putih.
“Saya keluar bertemu Mamak atas urusan kerja sementara isteri tinggal di rumah bersama ibunya (ibu mertua) yang tiba dari Sabah sejak seminggu yang lalu.
“Sebaik sahaja tiba di rumah, Sera mengadu sakit perut dan air ketubannya tiba-tiba keluar dan saya panik sekejap masa tu.
“Mujur ibu mertua saya ada bersama kami dan saya terus bawa isteri ke Putra Medical Centre (PMC) di Sungai Buloh,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Tambah Shuk lagi, isterinya Sera atau Rosalena Natasha Assyaferah, 24, dimasukkan ke wad kira-kira jam 5 pagi Sabtu dan selamat melahirkan puteri sulung mereka tepat jam 10.05 malam Ahad.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi kami seberat 3 kilogram. Kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat.
“Buat masa ini ibu mertua yang akan menjaga isteri dan anak sepanjang tempoh berpantang. Mujur ada dia (ibu mertua), sekurang-kurangnya ada juga orang boleh tengok-tengokkan isteri saya kerana saya sudah mula bekerja esok,” ujarnya.
Shuk akan memulakan penggambaran bersama Lawak Solo kerana terlibat dalam segmen ‘Apa Cerita’ program tersebut.
Selain itu, Shuk juga akan masuk semula ke ‘konti’ dan bertugas sebagai penyampai Zakaria Anjang mengendalikan ‘live streaming’ Gegar Vaganza 3.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin