Laman Utama
Shuk Sahar Bersyukur Berpeluang Pergi Umrah, Tapi Komen Fara Salleh Pula Jadi Perhatian
Pelawak dan pengacara Shuk Sahar memohon pengikut di Instagram untuk mendoakannya supaya dia boleh melupakan hal-hal dunia sepanjang keberadaannya di Mekah bagi menunaikan umrah.
Shuk juga berkongsi rasa syukur kerana dia akhirnya telah tiba ke Kota Suci itu untuk sama-sama dengan umat Islam lain dari seluruh dunia untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.
“Alhamdulillah aku sampai. Doakan aku dapat lupakan sekejap urusan dunia yang takkan pernah habis ya Allah,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan rakan-rakan artis yang turut memberikan respons positif terhadap perkongsi Shuk itu.
Antaranya termasuklah pelakon dan penyanyi Izzue Islam, Shuib Sepahtu, Ajak Shiro dan juga Azhan Rani.
Selain rakan artis, komen yang ditinggalkan Fara Salleh, iaitu wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Shuk juga menyorot perhatian netizen.
“Alhamdulillah, akhirnya,” tulis Fara pada ruangan komen.
Shuk kemudiannya membalas: “Alhamdulillah, terima kasih.”
Komen yang ditinggalkan oleh Fara itu menerima sebanyak 21 tanda suka dalam kalangan pengikut Shuk.
Terdahulu, Shuk menafikan khabar angin mendakwa dirinya telah mengahwini Fara, sungguhpun status bersama isteri, Rosa Sera masih lagi menjadi tanda tanya.
Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.
Untuk info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.