HIBURAN

Shuk Sahar Lafaz Cerai Melalui Telefon Dari Thailand, Fara Salleh: “Dasar Pengecut, Saya Bukan Sampah”

Khairil Khusyairi 07/04/2025 | 10:31 MYT
Pelawak terkenal, Shuk Sahar, didakwa telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Fara Salleh, melalui panggilan telefon dari Thailand.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG) pada Isnin.
Menurut Fara, 33, panggilan tersebut diterima sekitar pukul 12.45 tengah hari dari pejabat agama Satun, Thailand, tempat mereka melangsungkan pernikahan sebelum ini.
“Dasar pengecut Shuk Sahar. Takut ke nak cerai nak Malaysia? Takut aku tuntut nafkah selama ini yang (kau) culas ke?
“Takut bagi nafkah pada anak kau yang sah ini ke? Anyway, talak akan jatuh selepas aku bersalin.
“Aku tetap akan teruskan proses di Malaysia sebab aku nak pengesahan juga di Malaysia.
Ada lah yang menghasut suruh ceraikan kat sana (Siam),” tulisnya.
Dalam rakaman video perbualan tersebut, Fara turut memberi peringatan bahawa dia akan menuntut nafkah daripada Shuk demi anaknya.
“Tanggungjawab pada anak, saya tak mahu sikit pun kurang. Dia memang tak ada tanggungjawab langsung dari saya hamil sampai sekarang.
“Saya nak dia tanggungjawab atas bil-bil hospital sebelum ini dimana dia kena bayar balik. Dia hanya bagi pada saya memang tak cukup.
“Saya nak dia selesaikan di Malaysia juga sebab saya ada dokumen lengkap, saya nak pengesahan di Malaysia yang dia ceraikan saya, sehingga tak jumpa keluarga saya. Saya bukan sampah,” tegas Fara dalam perbualan tersebut.
Fara turut menyindir beberapa pihak-pihak yang memberikan sokongan kepada Shuk sehingga rumah tangganya bersama pelawak itu musnah.
“I hope that Lepak Bapak Podcast, Golden Bao, Raje, Adam meatdrop and those who involve in this will be happy. This is type of person that you guys support. Tolong sampaikan salam kat mak ayah dia yang di Alma okay,” tulisnya lagi.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Fara dan Shuk bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.
Fara juga mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya.
Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023.
Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.
#Pelawak #cerai #Thailand #Shuk Sahar #Farra Salleh #Pengecut