Mengetengahkan isu kekeluargaan dan rumah tangga sebagai faktor utama jalan cerita, drama 'Layang-Layang Perkahwinan' mempersembahkan sebuah penceritaan yang menarik serta tidak dapat diramalkan.

Diarahkan oleh Eyra Rahman, ini antara 5 fakta menarik drama Layang-Layang Perkahwinan:

1. Berdasarkan karya Oka Aurora

Berdasarkan karya daripada penulis Indonesia yang terkenal dengan hit, 'Layangan Putus', 'Layang-Layang Perkahwinan' membawa penonton melalui kisah rumit perkahwinan, cinta dan pengkhianatan.

2. Bukan adaptasi drama 'Layangan Putus'

Pengarah Eyra Rahman menyatakan jalan cerita 'Layang-Layang Perkahwinan' tidak sama dengan plot 'Layangan Putus' dari Indonesia. 'Layang-Layang Perkahwinan' memfokuskan konflik secara terperinci setiap watak.

3. Bukan hanya drama cinta semata

'Layang-Layang Perkahwinan' tidak menggunakan naratif cliche yang sering digunakan dalam drama-drama lain. Drama ini memastikan gabungan konflik dan penyelesaian watak utama dalam menghadapi cabaran secara berterusan.

4. Shukri Yahaya sebagai antagonis

Pelakon Shukri Yahaya menyahut cabaran memainkan watak antagonis iaitu suami (Azim Hasibullah) yang berlaku curang terhadap isterinya Saida.

5. Plot yang mencerminkan realiti

Menurut salah seorang teraju utama 'Layang-Layang Putus', Keith Foo menyatakan drama ini mencerminkan realiti dalam masyarakat di mana isu kekeluargaan sering kali terjadi dalam kehidupan seharian.

BERITA TRENDING: Guna Jantung Babi Untuk Teruskan Hidup, Drama Si Jantung Hati Tampil Jalan Cerita Unik

Drama 'Layang-Layang Perkahwinan' dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Keith Foo, Alya Iman, Arash Mohamad dan ramai lagi.

'Layang-Layang Perkahwinan' kini ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) serta boleh di strim menerusi On Demand dan Astro GO.