Laman Utama
Shukri Yahaya Syukur Tidak Terkena Tempias Isu ‘Penyondol’ - “Saya Gemar Menganggu & Mengacau…”
Biarpun cinta lokasi dan kes curang kini menjadi bualan hangat, namun pelakon Shukri Yahaya melahirkan rasa syukur kerana mempunyai isteri yang memahami kerjaya seninya.
Bergandingan dengan Puteri Sarah Liyana untuk drama bersiri Andai Itu Takdirnya, isteri Shukri iaitu Tya Adnan turut bertanyakan keadaan pelakon itu.
“Benar kisah mengenai Puteri Sarah sedang menjadi bualan hangat pada ketika ini. Namun mujur kerana saya tidak terkena tempias di atas apa yang berlaku. Saya dapat tahu kaum lelaki ramai yang terkesan.
“Cuma memandangkan saya sedang berlakon dengan Puteri Sarah, isteri saya cuma bertanya mengenai keadaannya. Bagaimana dia kekal fokus di set di sebalik apa yang berlaku.
“Manakala mengenai saya pula, rasanya tidak timbul mengenai cinta lokasi dan sebagainya. Saya gemar menganggu dan mengacau mereka yang berada di set, jadi lebih kepada ‘pak lawak’ atau budak nakal.
“Mungkin tidak timbul mengenai perkara sebaliknya kerana mereka lebih kepada membenci saya kerana menganggu konsentrasi mereka untuk menjiwai watak,” katanya.
Drama Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria pada bulan Ramadan nanti.
Selain Shukri dan Puteri Sarah, drama bersiri 60 episod arahan Jamal Khan itu turut dibintangi oleh Hannah Delisha, Idzham Ismail, Hariz Hamdan, Dayang Areeda serta ramai lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.