Hiburan
Shukri Yahaya Tak Lena Tidur, Risau Bertemu Tok Kadi
Pelakon Shukri Yahaya akui sedikit gementar untuk berhadapan dengan Tok Kadi sewaktu majlis akad nikah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menurut Shukri, walaupun pernah melakonkan babak tersebut dalam drama namun lain pula perasaannya apabila berlaku secara realiti.
“Saya agak ‘gabra’ untuk bertemu Tok Kadi sewaktu majlis akad nikah nanti. Memang saya sudah biasa dalam lakonan tapi bila fikir nak berdepan dengan situasi sebenar siapa yang tak gementar.
“Saya tak boleh terlalu yakin, macam-macam perkara boleh jadi bila dah ‘nervous’ di depan Tok Kadi kan?
“Memang sekarang tidur saya sering tak lena bila memikirkan perkara tersebut,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Selain itu, Shukri juga risau memikirkan tentang perjalanan majlis perkahwinannya terutama dari segi persediaan untuk tetamu.
“Ikutkan persiapan, sudah 90 peratus dah selesai, cuma tinggal nak siapkan dekorasi seperti hantaran, cenderahati dan tambahan kecil lain.”
“Kami hanya jemput tetamu dalam lingkungan 1,000 orang sahaja tapi tidak mustahil jumlah itu akan bertambah pada hari kejadian.
“Tya (tunang) selalu mengingatkan saya tentang kiraan hari majlis perkahwinan dan perkara itu membuat saya lebih kelam-kabut,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shukri berharap agar majlis perkahwinannya nanti berjalan baik tanpa sebarang masalah dan tetamu yang hadir dapat menikmati makanan serta berada dalam keadaan selesa.
“Kami tidak bergaduh mengenai persiapan malah mahukan sesuatu yang ringkas. Kami nak orang yang datang rasa tenang dan meraikan kami sebagai raja sehari.
“Cuma harapan saya agar pada hari itu tidak hujan tetapi kalau hujan juga, kami pasrah dan layankan saja,” katanya yang memilih tema berkonsepkan taman.
Pasangan Shukri Yahaya, 27, dan tunangnya Tya Adnan, 24 bakal berkahwin pada 20 November ini.
Olahan Semula: Mya Amri
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video