Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Shukri Yahaya Tiada Masa Untuk Curang

Asyikin Mayudin 25/02/2024 | 00:55 MYT

Bergandingan dengan pelakon wanita dalam mana-mana karya tidak menjejaskan rumah tangga pelakon Shukri Yahaya dengan isterinya iaitu Tya Adnan.

BERITA TRENDING : Shukri Yahaya Jadi 'Jahat', Bukan Inspirasi Layangan Putus! Ini 5 Fakta Menarik Drama Layang-Layang…

Menurut Shukri, dia sentiasa menjaga batas sebagai seorang suami malah tidak akan terbawa-bawa lakonannya bersama aktres ke rumahnya.

“Saya dah kenal Tya dah lama, kami pun dah ada anak dua orang. Jadi, ikutkan saya tak pernah terfikir benda-benda macam itu (curang). Kalau ikutkan, saya berlakon, bila habis… habis terus.

“Saya tak ada bawa balik rumah, saya tak teruskan hubungan itu (lakonan) ke rumah,” kata Shukri kepada Gempak.

Shukri ditemui ketika malam tayangan akhir episod drama siri Layang-Layang Perkahwinan di Hotel Tenera, Bangi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shukri melahirkan rasa syukur apabila ramai netizen yang mendoakan agar rumah tangganya sentiasa dilindungi dan tidak diganggu orang ketiga.

“Bagi saya, bagus juga mereka (netizen) mengingatkan… bukan saya seorang tapi sesiapa saja yang cuba jaga orang ketiga, jangan usik Shukri Yahaya. Ada macam itu, bagus juga la,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

#Shukri Yahaya #Tya Adnan #Lakonan Shukri #Shukri tak curang
;