Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Siap Ada Ikan Bilis, Sambal & Kacang? Aiskrim Nasi Lemak Ini Dihasilkan Bersempena...

Hanafis Haris
28/08/2020 08:03 MYT

Buat penggemar nasi lemak khususnya daripada keluaran restoran Pak Naseer, anda kini bleh menikmati hidangan tersebut dan bentuk aiskrim.

Dicipta sempena hari Merdeka dan hari Malaysia, ia merupakan hasil kerjasama restoran Santan dan Crème De La Crème (CDLC).

Menariknya tentang aiskrim ini, ia turut meletakkan ikan bilis dan samball pada bahagian atasnya.

Difahamkan, sambal cili yang digunakan adalah sama dengan apa yang anda nikmati pada nasi lemak Pak Naseer.

Selain ikan bilis dan sambal, kacang juga turut diletakkan bagi menyempurnakan hidangan lengkap nasi lemak.

Selain aiskrim nasi lemak, menu lain yang turut dihasilkan adalah dodol pandan.

Kedua-dua menu itu dijual di cawangan Santan Mid Valley dan Sunway Piramid serta Crème De La Crème’s Uptown Damansara dan Mont Kiara bermula hari ini.

Aiskrim tersebut dijual pada harga RRM8.80.




#Viral #Viral #Aiskrim #NasiLemak
;