Siap Bagi Surat Cinta, Nora Danish Dedah Pernah Minat Cikgu Ketika Di Bangku Sekolah, - “Tiba-Tiba Dengar Dia…”
Pelakon jelita Nora Danish mengakui dia pernah menyimpan perasaan suka terhadap gurunya sewaktu di bangku sekolah.
We Listen We Don't Judge versi Nora Danish
Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 42, mendedahkan perkara tersebut menerusi satu tren tular yang dipanggil ‘We Listen We Don’t Judge’.
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish ‘Back Up’ Diana Danielle, Anggap Sikap Masyarakat Suka Hakimi Insan Lain Tak Wajar - “Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti”
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…
ARTIKEL BERKAITAN: Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."
“Ketika zaman sekolah, saya sekolah convent Kajang jadi semua perempuan. Ada satu waktu itu ada guru lelaki sampai. Dia muda dalam 20-an.
“Kami semua tingkatan 2 sewaktu itu. Dia agak helok. Kami semua pula perempuan.
“Jadi saya pun jatuh cinta, saya tulis surat bagi dekat dia,” ujarnya.
undefined
Bagaimanapun, guru tersebut difahamkan telah diberhentikan gara-gara disyaki telah menjalinkan hubungan istimewa dengan murid di sekolah tersebut.
“Tiba-tiba saya dengar cerita dia diberhentikan sekolah sebab dia disyaki bercinta dengan salah seorang murid,” katanya lagi.
Pada akhir video, pelakon filem Polis Evo itu juga sempat membuat permohonan maaf kepada guru tersebut sekiranya tindakan yang dilakukan menjadi asbab sebenar guru tersebut diberhentikan.
“Saya berharap itu surat yang saya bagi kat dia bukan lah sebab yang membuatkan dia kantoi. Saya harap banyak lagi perempuan lain yang bagi surat.
“Teruk kan, sampai kena berhenti sekolah. Minta maaf kalau cikgu itu masih mengingati saya, kalau ada surat itu saya minta maaf,” tambahnya.