,
Laman Utama

Siap Bawa Tongkat Sakti! Tersenyum Manis, Adik Bella Sarung Gaun Puteri Elsa Hadir Ke Mahkamah

Azwa Rahman
22/09/2022
18:40 MYT
Seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Adik Bella hari ini dilaporkan hadir ke Mahkamah Sesyen untuk memberikan keterangan tertutup pada Khamis, 22 September.
Selain keadaanya yang tampak sihat, penampilannya menyarung gaun biru Puteri Elsa daripada filem kartun Frozen mencuit hati wargamaya.
Siap bertudung litup dilengkapi dengan sarung tangan dan mahkota di atas kepala, adik Bella dilihat tidak lekang dengan senyuman yang terukir indah diwajahnya.
Menerusi laporan BERNAMA, adik Bella hadir untuk memberikan keterangan dalam prosiding tertutup melibatkan perbicaraan kes melibatkan seorang individu yang didakwa mengabai dan menganiayanya.
Di laman sosial Twitter, rata-rata wargamaya menulis ciapan berbentuk positif yang terus mendoakan kebaikan untuk remaja istimewa itu.
? Muhammad Hazim Izam pic.twitter.com/pto2SxBEvj— BERNAMA (@bernamadotcom) September 22, 2022 “Damn.. saya terus tersenyum melihat adik Bella. Kita semua doakan adik Bella senantiasa bahagia dan selamat,” komen seorang wargamaya.
“Dia nampak lebih sihat, lebih gembira sekarang. Alhamdulillah,” puji seorang wargamaya.
“Tenang bila tengok dia dah sihat. Kalau ingat time jumpa mula-mula dulu. Allahuakhbar,” kata seorang wargamaya.
“Menitis air mata tengok adik bella datang mahkamah. Comel je pakai baju Elsa siap bawak tongkat sakti tu,” balas seorang wargamaya.
“Good job untuk siapa yang siapkan adik Bella hari ni. Dia nampak gembira sangat,” tulis seorang wargamaya.
“Aww, dia datang sebagai puteri hari ni, comel sangat! Semoga nasib Bella dibela,” ujar seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, perbicaraan tersebut ditangguhkan sehingga 21 September selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad menyatakan pakar psikiatri tidak dapat hadir pada 14 September lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Tak Pernah Pijak Atau Tendang Perut Bella” - Siti Bainun

gempak
28/01/2023
08:45 MYT
Lanjutan daripada kes adik Bella.
Laman Utama

Rumah Bonda Dibuka Semula, Tidak Boleh Diguna Sebagai Pusat Jagaan

gempak
16/07/2022
05:49 MYT
Kini jadi food bank.
Laman Utama

“Banyak Sangat Fitnah Yang…”- Rina Harun Tegas Kompaun Rumah Bonda Ikut Lunas Undang-Undang

gempak
19/06/2022
02:13 MYT
Rina akui tiada campur tangan...
Laman Utama

Kes Perbicaraan Bella Disambung, Rina Harun Minta Hormati Prosiding Mahkamah: “Bella Berada Dalam Keadaan Baik”

gempak
30/05/2022
04:25 MYT
Perbicaraan kes melibatkan anak istimewa sindrom down, Bella kembali disambung hari ini.
Laman Utama

“Dia Satu Dalam Sejuta - Pernah Kagum & Respect Pengasas Rumah Bonda, Uyaina Kini Menyesal?

gempak
07/05/2022
17:24 MYT
Uyaina berkata demikian semasa ditemui di majlis berbuka puasa dan tayangan program raya Astro 2022, baru-baru ini.
Unitar