“Siap Berjoget Kau, Seronok Ke Kencing Merata?” - Tindakan ‘Kotor’ Pemuda Ini Buat Netizen Bengang!
Tindakan ‘kotor’ seorang pemuda yang membuang air kecil di hadapan sebuah kedai mencetuskan perbincangan ‘hangat’ netizen.
Difahamkan, video berkenaan mula tular apabila ia dimuat naik menerusi sebuah akaun di Twitter.
Menurut akaun tersebut, kejadian dilaporkan berlaku pada 5 April 2022 lebih kurang jam 1.14 pagi.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki berkenaan turun daripada kereta yang menggunakan plat pendaftaran asing dan terus membuka zip untuk membuang air kecil.
Apa yang lebih melucukan, lelaki itu seakan terhibur dengan tindakan ‘kencing merata’ apabila dia membuang air kecil sambil menari.
Tindakan itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi negatif netizen yang kebanyakannya menganggap pemuda tersebut sebagai pengotor.
Malah, ada yang menyifatkan perbuatan tersebut tidak senonoh.
Pun begitu, ada juga yang mempertikaikan kepentingan video tersebut dirakam.
Ini kerana menurut mereka, perkara tersebut normal buat kaum lelaki dan berkemungkinan pemuda tersebut tidak dapat menahan kencing.
“Tak senonoh betul kencing merata, siap menari bagai”.
“Aduh apa yang aku tengok ni, takkanlah video macam ni pun nak upload”.
“Husnuzon guys, mungkin dah tak tahan tu”.
“Ish pengotornya, agak-agaklah kencing depan kedai macam tu je.” tulis beberapa netizen.
Kencing kat JB pic.twitter.com/cHfl0HUCZW— . (@anthraxxx781) April 5, 2022