Perkhidmatan e-hailing mungkin antara yang menerima permintaan paling tinggi oleh pengguna di luar sana.

Terbaru, satu lagi perkhidmatan yang berasakan e-hailing telah diperkenalkan.

Dikenali sebagai MakCik Travel, ia memberikan fokus hanya kepada kaum wanita.

Menerusi laman web MakCik Travel, terdapat tiga perkhidmatan yang ditawarkan.

Pertama adalah MakCik Chaperone iaitu wanita yang akan menemani pelanggan di lokasi yang ditetapkan oleh individu itu sendiri.

Tugas mereka adalah untuk memastikan pelanggan mempunyai peneman pada setiap masa.

Kedua adalah MakCik Drivers iaitu wanita yang akan mengambil pelanggan dari lokasi dan menghantarnya ke destinasi yang diminta.

Ketiga pula adalah perkhidmatan untuk bersiar-siar dan melancong.

MakCik Travel ini akan membawa pelanggan dari satu destinasi ke beberapa destinasi dan meneman di setiap lokasi tersebut.

Perkhidmatan ini pastinya memudahkan orang ramai yang mempunyai ibu untuk dibawa ke di klinik dan hospital tanpa sebarang bimbang.

Anda boleh lihat maklumat lanjut di laman web serta Facebook mereka di bawah: