Hiburan

"Siap Buat Photoshoot Lagi..." - Aliff Syukri Luah Kesedihan Sambut Aidilfitri Tahun Ini

gempak
Asraf Aided
13/04/2020
08:15 MYT
Sponsor Banner
"Siap Buat Photoshoot Lagi..." - Aliff Syukri Luah Kesedihan Sambut Aidilfitri Tahun Ini
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan sambutan Aidilfitri tahun ini paling menyedihkan untuk dirinya kerana banyak rancangan tergendala akibat krisis COVID-19.
Perkara itu diluah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Aliff, dia telah membuat persiapan raya lebih awal sebelum pandemik COVID-19 menular di seluruh dunia.
"Saya rasa virus ini sampai raya, sebenarnya ini adalah tahun yang paling menyedihkan.
"Video ini (yang dimuat naik di entri tersebut) saya rakamkan sebulan sebelum cronola, cuba korang bayangkan abang siap buat photoshoot lagi," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Aliff turut mendoakan orang ramai agar sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan gembira.
"Sedih sangat, apakah tidak pernah dirancang untuk ke tahap ini, semua kerja hold dan tak gerak.
"Abang doakan semua dalam keadaan yang sihat dan gembira," tulisnya lagi.
. . sy rasa virus ni sampai raya..Sebenarnya ini adalah tahun yang paling menyedihkan. Video ni saya rakamkan sebulan sebelum cronola. Cuba korang bayangkan abang siap buat photoshot lagi. - - Nak buat sampul raya, nak buat poster raya, nak buat bantuan amal raya. Tetapi ini pula jadinya?. Apa patut abang buat dalam keadaan macam ni... cer komen di bawah??Kiri tak kena, kanan tak kena, ke depan tak kena dan kebelakang pun tak kena. - - Sedih sangat apakah tidak pernah dirancang untuk sampai ke tahap ini... smua kerja hold dan x gerak... Abang doakan semua dalam keadaan yang sihat dan gembira. (lagu jomraya yayian @aliffsyukriterlajaklaris Kalau korang nak dengar video Laguna lebih panjang boleh bagi dekat YouTube tv Telajak laris abang dah posting) Gambar lama. #Jangankecam #Janganjagatepikainorang #Abangselamat #Abanghappy #vediolama
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Minggu lalu, tindakan Aliff yang mengunjungi rumah ibunya, Rozita Ibrahim telah mengundang kecaman di media sosial.
Rata-rata netizen mengkritik tindakannya itu kerana dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaan.
BACA : "Harap PDRM Buat Tindakan Seadilnya" - Kongsi Foto Ke Rumah Ibu, Netizen Kecam Aliff Syukri Langgar PKP!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live