Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Siap Dengan Lightstick! Event Avengers: Endgame Di Korea Ini Dah Macam Konsert K-Pop

Mya Amri
17/04/2019 15:12 MYT
Sebuah acara bersama peminat filem adiwira Avengers: Endgame yang berlangsung di Jang Chung Arena, Seoul Korea Selatan ternyata menarik perhatian netizen.

Berbeza dengan yang lain, acara kali ini boleh dikatakan hampir menyamai dengan konsert K-Pop.

Mana tidaknya, baik peminat mahu pun pihak media diberikan gelang dan tiket masuk yang tertera dengan nombor kerusi masing-masing.

Paling menarik, mereka yang hadir juga turut mempunyai lightstick yang sememangnya sinonim dengan konsert K-Pop.

Acara tersebut berlangsung dengan meriah dan pelakon Avengers: Endgame yang hadir iaitu Robert Downey Jr (Iron Man), Jeremy Renner (Hawkeye), dan Brie Larson (Captain Marvel) tidak dapat menyembunyikan rasa terharu dan terkejut sebaik sahaja lightstick dinyalakan dalam arena tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Istimewanya lagi, nyalaan lightstick berwarna ungu itu merupakan kejutan buat pelakon dan kru Endgame sebagai tanda terima kasih mereka terhadap filem berkenaan.

Lightstick itu dinyalakan sebaik sahaja ayat “3,2,1, Thank You Avengers” dilaungkan.

Selain pelakon, Presiden Marvel Studios Kevin Feige serta duo sutradara Endgame, Joe dan Anthony Russo juga turut hadir ke acara tersebut.

Terdahulu, Avengers : Endgame bakal ditayangkan di Malaysia mulai 24 April ini.
#Avengers: Endgame