Bekas isteri kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam beri bayangan yang dia bakal kembali bergelar isteri pada tahun ini.

Nelissa menerusi satu perkongsiannya di akaun Instagram memberitahu dia dan bakal suaminya baru sahaja selesai penggambaran untuk gambar 'pre-wedding' mereka.

Malah memberitahu dalam kapsyennya tahun 2023 merupakan fasa baru untuk mereka.

" Melangkah ke bab paling menarik dalam hidup kita pada tahun 2023!

"Kami sangat seronok merakam foto pra perkahwinan kami dan mempunyai pasukan terbaik untuk membantu mengubah visi kami menjadi realiti

"Tidak sabar untuk berkongsi suntingan akhir!," katanya.

Menerusi hantaran sama Nelissa memuat naik potongan video yang menunjukkan beberapa aksi pre wedding dia bersama teman lelakinya.

Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan tahniah dan menghantar tanda suka.

Ammar dan Nelissa mendapat kebenaran untuk bercerai secara tebus talak daripada pihak Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Oktober 2020.

Terdahulu mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki Kyri Shakur yang kini berusia 4 tahun.