Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Siap Ya Kalian...Diberi Hati Mahu Jantung!" - Dewi Perssik Tempelak Pembantu Peribadi

Asraf Aided 04/02/2021 | 14:45 MYT
Penyanyi dangdut popular Indonesia, Dewi Perssik berasa kecewa dengan tindakan salah seorang pembantu peribadi yang memfitnah dirinya baru-baru ini.
Perkara itu dikongsi Dewi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Dewi, tindakan lelaki tersebut telah membuatkan dia marah dan hilang sabar.
"Jangan fitnah saya, kurang bersyukur kamu ya, baru kerja tiga bulan, diberi gaji 5 juta (RM1400) jadi pembantu peribadi saya, yang kerjanya hanya waktu pagi dan setelah itu pulang, apa tanggung jawabmu sebagai pembantu peribadi," tulisnya.
Tambah Dewi, dia mengambil lelaki tersebut bekerja kerana berasa kasihan mendengar kisah tidak dibayar gaji oleh majikan sebelumnya.
"Ingat, kamu datang ketika itu minta kerja yang katanya tidak diberi gaji oleh majikan kamu di Bali dan sering dibuli, saya kasihan dengan kamu lalu saya ambil kamu sebagai pembantu peribadi dan naikkan gaji," tulisnya lagi.
Walaubagaimanapun, Dewi tidak menulis dengan terperinci tentang bentuk fitnah yang dimaksudkan, apa yang pasti, dia benar-benar kecewa dan seakan memberi amaran kepada individu tersebut.
"Kalau kamu tak fitnah saya, lalu kenapa sahabat kamu fitnah saya? Kalau ternyata tidak terbukti siap ya kalian!
"Kurang ajar kalian, diberi hati minta jantung, manusia tidak bersyukur kau!" tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Dewi berasa merah membaca perkara itu dan memberi sokongan kepadanya.

A post shared by Dewi Perssik Real (@dewiperssikreal)

#Indonesia #Dewi Perssik #PA
;