Siapa 'Abe Jahat' Yang Rosalinda Maksudkan?
Amri Hassan
25/11/2024 19:00 MYT
25/11/2024 19:00 MYT
Nama Rosalinda Dikir Barat cukup dikenali dalam kalangan penggemar lagu-lagu dialek Kelantan.
“Saya dapat lagu baru penghujung bulan September daripada abang Eddie. Kalau Eddie Hamid yang bagi lagu, mana mungkin saya menolak.
“Lagipun lagu ciptaan abang Eddie itu satu irama yang baharu bagi saya. Bukan sahaja irama baharu, melodi yang diketengahkan pada pandangan saya boleh diterima ramai. Saya tak mengambil masa lama untuk merakam lagu “Abe Jahat”, lebih kurang dua minggu sahaja, siap,” kata Rosalinda.
“Lagu ini tiada kena mengena pun dengan saya cuma sekadar menggambarkan apa yang berlaku dalam segelintir masyarakat sekarang.
“Harapan saya, semoga lagu ini mendapat sokongan dari semua pihak dan saya tidak bermaksud untuk lagu "Abe Jahat" ini membuat mana-mana pihak lelaki terasa, cuma sekadar lagu buat hiburan semua sahaja,” jelasnya yang merupakan isteri kepada Shahrul Nizam Nasir.
Menyentuh mengenai pembikinan video muzik “Abe Jahat”, jelas Rosalinda, penggambaran hanya mengambil masa sehari sahaja.
“Video muzik dibuat berdasarkan lirik lagu dan pelakon yang terlibat dalam video tersebut ialah Ejoy Nadia dan Adik Wawa. Terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi menjayakan video muzik saya. Penggambaran video muzik itu pun berjalan lancar dan tidak mengambil masa yang lama,” katanya yang meminati irama dangdut.
Meskipun irama dangdut adalah kesukaannya, namun sebagai penyanyi, Rosalinda tidak menolak untuk mencuba menyanyi pelbagai jenis genre muzik.
Selain menyanyikan lagu-lagu dialek Kelantan, Rosalinda juga mahu menonjolkan dirinya sebagai penyanyi serba boleh. Namun setakat ini belum ada peluang ke arah tersebut.
“Setiap penyanyi mesti ada impian dan keinginan saya adalah untuk merakam lagu dalam bahasa Melayu selain daripada dialek Kelantan, tapi belum ada rezeki.
“Begitu juga kalau ada peluang berduet dengan penyanyi lain, saya tidak keberatan, asalkan suara pasangan duet serasi dengan saya,” katanya yang sering mendapat tawaran mengadakan persembahan di Selatan Thailand, Pahang, Johor, Kedah dan Kuala Lumpur.
BERITA TRENDING: "Bila Dengar Lagu 'Bea Soba Bea' Sekarang, Saya Jadi Sebak, Sedih, Sayu" - Eddie Hamid
Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 33, yang berasal dari Kemaman, Terengganu yang popular menerusi lagu-lagu hit seperti “Ambo Bini Ore “Remix”, “Oh Abe Ku I Love You”, “Jate Boya 2” dan “Comel Rupo” muncul dengan single baharu berjudul 'Abe Jahat' ciptaan Eddie Hamid.BERITA TRENDING: Nama Penyanyi Bea Soba Bea ‘Dipetik’ Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda, Eddie Hamid: “Terkejut, Macam Tak Percaya”
Lagu yang dimuat naik ke saluran YouTube Kijang Music pada 1 November 2024 itu turut mengetengahkan penulis lirik Eddy Pring, Mama Ana, Jaju dan Teha manakala susunan muziknya juga dibuat oleh Eddie Hamid.Tak mungkin tolak Eddie Hamid
Menurut Rosalinda, pada penghujung September lalu Eddie menawarkan sebuah lagu baru untuk beliau rakam. Oleh kerana lagu itu ciptaan Eddie sendiri, beliau tidak fikir lama dan terus beri persetujuan.“Saya dapat lagu baru penghujung bulan September daripada abang Eddie. Kalau Eddie Hamid yang bagi lagu, mana mungkin saya menolak.
“Lagipun lagu ciptaan abang Eddie itu satu irama yang baharu bagi saya. Bukan sahaja irama baharu, melodi yang diketengahkan pada pandangan saya boleh diterima ramai. Saya tak mengambil masa lama untuk merakam lagu “Abe Jahat”, lebih kurang dua minggu sahaja, siap,” kata Rosalinda.
Kes cerai
Melihat kepada judul lagu sahaja, mesti ada yang membuat andaian bahawa lagu itu dituju khas buat kaum lelaki kerana kebelakangan ini banyak sangat kes perceraian rumah tangga.BERITA TRENDING: "Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato
Namun kata Roslinda, lagu tersebut tidak ada kaitan dengan kisah dirinya atau ditujukan kepada seseorang. Sebaliknya, lagu itu hanya berkisar tentang senario masa kini.“Lagu ini tiada kena mengena pun dengan saya cuma sekadar menggambarkan apa yang berlaku dalam segelintir masyarakat sekarang.