Siapa Angga Yunanda & Zara JKT48? Jom Berkenalan Dengan Pelakon Dua Garis Biru!
Fiza Kamarudin
17/09/2019 13:52 MYT
17/09/2019 13:52 MYT
Tidak lama lagi filem Dua Garis Biru yang sukses di Indonesia ketika tayangannya sekitar Jun lalu, bakal ditayangkan di Malaysia.
Filem arahan Gina S.Noer itu menampilkan dua pelakon remaja Angga Yunanda dan Zara JKT48 yang berjaya membawa watak Bima dan Dara dengan baik.
Lakonan dua pelakon remaja berusia 19 dan 16 tahun ini turut mendapat pujian penonton kerana emosi yang hendak disampaikan menerusi filem Dua Garis Biru berjaya dibawa dengan baik.
Namun, pasti ramai yang ingin tahu siapa dua pelakon hebat ini kan?
Angga Aldi Yunanda atau Angga Yunanda merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi berasal dari Lombok, Indonesia. Angga mula dikenali selepas membintangi sinetron Malu Malu Kucing pada tahun 2015.
Sebelum Dua Garis Biru, Angga juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Sajen, Tabu: Mengusik Gerbang Iblis, Melodylan dan Sunyi.
Angga juga sudah memiliki tiga buah single setakat ini dan pernah memenangi anugerah beberapa Pendatang Baru Paling Ngetop dan Selebriti Pendatang Baru Paling Memikat.
Sementara itu si cantik manis Zara JKT48 atau nama sebenarnya Adhisty Zara Sundari merupakan anak kelahiran Bandung, Indonesia.
Meskipun baru berusia 16 tahun, Zara sangat aktif sebagai anak seni. Di usia semuda itu Zara sudahpun bergelar penyanyi, penari dan pelakon.
Zara juga merupakan anggota grup idola JKT48 bersama kakaknya Hasyakyla Utami Kusumawardhani. Datuk Zara juga merupakan seorang pemuzik lagenda iaitu Acil, dari kumpulan Bimbo.
Terbaru, Zara bakal muncul dalam filem Keluarga Cemara 2, Patriot Taruna: Virgo and The Sparklings dan Lily of the Valley.
Okaylah, kepada anda semua…Jangan lupa untuk menyaksikan filem terlaris di Indonesia ini nanti ya!
Dua Garis Biru mengisahkan tentang dua pelajar sekolah berusia 17 tahun, iaitu Dara (Zara JKT48) dan Bima (Angga Yunanda) menjalinkan hubungan cinta dan akhirnya terlanjur.
Filem berdurasi 103 minit ini menjentik emosi penonton apabila Dara dan Bima terpaksa melalui beberapa perkara yang tidak pernah dibayangkan oleh remaja berusia 17 tahun.
Dua Garis Biru mungkin kontroversi bagi sesetengah penontonnya, tetapi nilai moral yang terkandung dalam filem ini wajar dipandang serius.
Selain Zara dan Angga, lakonan Cut Mini, Dwi Sasono, Lulu Tobing, Arswendy Bening Swara, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine dan Ligwina Hananto melengkapkan lagi jalan cerita Dua Garis Biru.
Adakah Dara dan Bima mampu mengatasi rintangan selepas bergelar ibu dan bapa disaat masih bergelar pelajar sekolah?
Nantikan tayangannya 3 Oktober nanti!

Selepas itu nama Angga semakin melonjak naik dan antara lakonannya menerusi sinetron yang menjadi sebutan ialah Mermaid In Love, Mermaid In Love 2, Nathan & Nadia, Pura-Pura Haji dan Dilema Cinta.
Sebelum Dua Garis Biru, Angga juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Sajen, Tabu: Mengusik Gerbang Iblis, Melodylan dan Sunyi.
Angga juga sudah memiliki tiga buah single setakat ini dan pernah memenangi anugerah beberapa Pendatang Baru Paling Ngetop dan Selebriti Pendatang Baru Paling Memikat.
Sementara itu si cantik manis Zara JKT48 atau nama sebenarnya Adhisty Zara Sundari merupakan anak kelahiran Bandung, Indonesia.
Meskipun baru berusia 16 tahun, Zara sangat aktif sebagai anak seni. Di usia semuda itu Zara sudahpun bergelar penyanyi, penari dan pelakon.
Zara juga merupakan anggota grup idola JKT48 bersama kakaknya Hasyakyla Utami Kusumawardhani. Datuk Zara juga merupakan seorang pemuzik lagenda iaitu Acil, dari kumpulan Bimbo.
Antara filem yang dilakonkan Zara ialah Dilan 1990, Keluarga Cemara, Dilan 1991, Dua Garis Biru dan Ratu Ilmu Hitam.