,
Laman Utama

Siapa Buntingkan Sue? Netizen Kongsi Teori Mengenai Konflik Hamil Luar Nikah Dalam I-Tanggang

Izwan Isa
12/10/2021
11:55 MYT
Episod baharu drama bersiri Astro Originals I-Tanggang baru sahaja disiarkan semalam. Nampaknya, ketegangan konflik yang dibentang dalam episod kali ini benar-benar menguji kewarasan penonton.
Selepas tindakan Erma, lakonan Sherie Merlis menebuk dada Khay (Danish Hazriq) minggu lalu, kanak-kanak malang itu sekali lagi diuji apabila sang ibu sekali lagi mendera mentalnya secara keterlaluan sehingga menyebabkan dia merasakan dirinya telah menderhaka.
Menerusi platform Twitter, ramai yang menyelar tindakan Erma dan merasakan apa yang dilakukan oleh wanita tersebut sebagai satu hal yang tidak berhati perut.
“Teruk si Erma punya mental dengan play victim ni, dengan aku sekali mental,” kongsi seorang netizen.
“Kesiah Khay. Dia ingat definasi ‘derhaka’ tu lawan cakap mak dia. Jadi walaupun mak dia yang jahat pun dia ingat dia yang jahat,” kongsi seorang lagi penonton drama berkenaan.
Dalam masa yang sama, lakonan Sherie Merlis sekali lagi mendapat pujian ramai, khususnya apabila dia berjaya membuatkan ramai yang membenci kehadirannya dalam I-Tanggang.
Beralih kepada isu kehamilan luar nikah Sue (Yuyun Hikmah), penonton membuat beberapa andaian bahawa Sue bukan dibuntingkan oleh kenalannya, Zamri. Menurut seorang penonton, dia seperti dapat mengagak bahawa ayah Sue sendiri yang melakukan perbuatan terkutuk itu.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Tengah Syok Basuh Pinggan, Ryzal Ibrahim Terkejut Dapat Tahu Maryam Hamil Baby Kedua! Comel Bila Anak Siap Tunjuk Bukti

gempak
02/11/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial, Maryam Younarae melahirkan rasa syukur apabila dia kini hamil anak kedua.
Hiburan

Usia Sudah 44 Tahun, Model Gisele Bundchen Hamil Lagi Selepas Sedekad

gempak
29/10/2024
13:55 MYT
Model terkenal Gisele Bundchen dilaporkan hamil anak pasangannya, Joaqium Valente pada usia 44 tahun.
Unitar