Hiburan
"Siapa Cakap Kalau Ada Baby Kena Buang Kucing?" - Betty Rahmad
Pelakon Betty Rahmad tidak bersetuju dengan pendapat segelintir pihak yang membuang kucing dari rumah untuk keselamatan dan kesihatan bayi.
Menurut Betty, bayi kecilnya, Ardy Wira tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun sering terdedah kepada kucing peliharaannya.
Pendapat itu dikongsi menerusi sebuah entri yang turut memaparkan foto Ardy bersama dua ekor kucing peliharaan Betty di akaun Instagram miliknya.
"Siapa cakap kalau ada baby kena buang kucing? Itu semua kata-kata orang zalim.
"Dari I pregnant, baru lahir sampai sekarang, Ahamdulillah Ardy Wira (anaknya) tak ada masalah dengan kucing-kucing," tulis Betty sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, adik kepada pengarah Erma Fatima dan pelakon Datin Seri Umie Aida ini menekankan kepentingan aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan haiwan peliharaan tersebut.
"Tapi korang kenalah make sure vacuum rumah everyday, bilik tidur jangan bagi masuk dan paling penting vaksin kucing dan kena mandi dan bersih selalu," tambahnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Betty memuji kecomelan Ardy dan kucing peliharaan Betty.
Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Must-Watch Video