Laman Utama

“Siapa Je Tak Nangis Tengok Wanita Yang Disayangi Kesakitan”- Penyanyi ‘Stop Lah Being So Cute’ Dah Jadi Bapa, Timang Anak Pertama!

gempak
Syafiqah Jalal
21/05/2022
03:17 MYT
Sponsor Banner
“Siapa Je Tak Nangis Tengok Wanita Yang Disayangi Kesakitan”- Penyanyi ‘Stop Lah Being So Cute’ Dah Jadi Bapa, Timang Anak Pertama!
Penyanyi yang popular dengan lagu Cute (Stop Lah Being So Cute), Harith Zazman selamat menimang cahaya mata pertamanya semalam.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Harith di laman sosial Instagram (IG) miliknya.
“Hello baby Fareel Ali,” tulisnya yang memaklumkan nama bayi mereka.
Menerusi kemas kini itu dia memuat naik video yang disunting menunjukkan perjalanan hubungannya dengan isteri dari berkawan hingga ke saat berada di dewan bersalin dan menimang cahaya mata.
Sementara itu menerusi IG Story miliknya juga Harith memuat naik semula hantaran isterinya, Nuramalina Ghakashah yang memberitahu putera sulungnya dilahirkan pada jam 1.05 pagi semalam secara normal.
Bayinya dilahirkan dengan sihat seberat 3.1kilogram di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Dalam perkongsian semula itu, Harith berkongsi perasaannya ketika melihat isterinya melahirkan anak mereka. “Siapa je tak nangis kalau tengok wanita yang dia sayang kesakitan,” tulisnya.
Untuk rekod, Harith dan Nuramalina diijabkabulkan pada 28 Ogos tahun lalu selepas saling berkenalan apabila isterinya menjadi model video muzik single pertamanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live