Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Siapa Kata Ayah Saya Tanggung?” – Masya Masyitah Akhirnya Bersuara Isu Buka Tudung

Asyikin Mayudin
07/08/2023 03:50 MYT
Selepas dikecam menanggalkan tudung, akhirnya penyanyi Masya Masyitah tampil bersuara dengan memohon orang ramai berhenti menunding jari dan menyalahkan kedua ibu bapanya susulan tindakannya itu.

Masya menegaskan keputusan untuk tidak lagi berhijab merupakan pilihannya sendiri tanpa mendapat dorongan atau sokongan daripada mana-mana pihak.

“Itu (tanggalkan tudung) adalah pilihan saya sendiri. Kalau nak marah ke apa, marah pada saya. Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak (mengada) dan jangan salahkan mak ayah saya.

“Siapa kata ayah saya akan tanggung? Sendiri buat, saya sendiri lah tanggung,” katanya ketika menjawab beberapa pertanyaan peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Pada sesi siarang langsung itu juga, pelantun lagu Halimuman itu berkata dirinya sudah tidak mahu lagi bergiat aktif dalam industri.

“Saya nak hidup bebas, saya dah tak mahu jadi artis, tak mahu dunia glamour. Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja.

“Berlambak job yang saya dapat, tapi saya tolak, saya tak mahu ambil. Saya nak berehat,” ujarnya.

Terdahulu, Masya mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada 30 Julai lalu.

Tindakannya itu telah mendapat kecaman bertalu-talu daripada wargamaya sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ Masya di media sosial.

BACA SINI: Buat ‘Kecoh’ Buka Tudung, Ramai Nak Tahu Siapa Masya Masyitah? Ini Faktanya!

BACA SINI: Pakai Skirt & Rambut Pink Barbie, Masya Masyitah Buka Tudung? Netizen - “Sebelum Ni Pakai Pelik, Kira Dia Dah Bagi Hint Tu”


#Masya Masyitah #Masya #Masya seksi #Masya tudung
;