Berita
“Siapa Kata Kena Ikut K-Pop Kalau Nak ‘Go Global’?” – Netizen Menangis Dengar Aliff Satar & Raihan Menyanyi
Belum pun sampai seminggu muzik video Aliff Satar bersama kumpulan Raihan menyanyikan ‘Sesungguhnya 2019’ dimuat naik di saluran Youtube, tontonannya sudah mencecah hampir 3 juta kali!
Apa yang lebih menarik perhatian, komen-komen yang ditinggalkan netizen kepada kepada Aliff dan Raihan.
Rata-rata netizen terpegun mendengar vokal Alif Satar bersama ahli kumpulan Raihan yang terdiri dari Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.
Lebih menarik lagi, ada pendengar bukan Melayu turut terpegun mendengar alunan merdu dendangan lagu ciptaan sepenuhnya bekas vokalis Raihan, Nazrie Johanie.
Ada juga pendengar dari luar negara seperti Thailand, Brunei, Singapura dan lain-lain lagi yang menyatakan rasa pilu mereka sebaik sahaja mendengar versi baharu ‘Sesungguhnya’ itu.
Namun, ada juga yang memberi pandangan lebih mendalam apabila membandingkan kumpulan K-Pop dengan memberikan beberapa fakta tentang Raihan.
“Ramai org kata, artis kita kena ikut artis Korea utk diterima seluruh dunia. Itu new global standard untuk Asian to be recognized katanya. Tapi agaknya ramai lupa atau buat-buat lupa.
“Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling power dalam sejarah muzik negara.
1) Pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.
2) Menerima surat penghormatan daripada Putera Charles untuk persembahan mereka.
3) Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.
4) Ramai peminat kipas susah mati, dipelbagai negara benua Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika.
5)Ramai peminat luar negara cuba belajar BM menggunakan nasyid Raihan. Semasa itu Youtube & Spotify belum ada lagi. Org pakai Kaset & CD lagi.
6) Tony Fernandes, sokong Raihan diperingkat awal sebagai Pengarah Urusan Warner Music, & juga menaja Raihan ke London melalui Air Asia.
7) Tak mainlah anugerah dalam negara ni. Puji-Pujian jadi all time Malaysia's best album (1.5 juta), 66 kali platinum. Menangis Ella dan Siti Nurhaliza jauh ditinggalkan.
8) Berapa kali masuk anugerah 500 Most Influential Muslim in the World.
“We have many talents, but we don't appreciate real talents. Nak export Malaysian music? Raihan dah tunjuk contoh sejak 20 tahun dulu,” tulis netizen yang menyalin tulisan asal daripada pengguna Facebook, Ahmad Ashraf.
Terdahulu, Aliff menerusi laman Instagramnya menyarankan untuk mendengar menggunakan fon telinga atau fon kepala.
Serius! Meremang bulu roma, menitis air mata.
‘Sesungguhnya’ pernah popular pada tahun 2007.
Dalam perkembangan lain, Alif bakal mengadakan persembahan amal untuk mengutip dana Pertubuhan Komited Malaysia pada 17 Mei di Bora Ombak, Putrajaya pada pukul 4 petang.
Raihan juga diundang sebagai artis jemputan dalam persembahan amal ini dan akan pertama kali menyanyikan lagu 'Sesungguhnya 2019' bersama-sama.
Must-Watch Video