Hiburan
"Siapa Makan Cili Terasa Pedasnya" - Zarina Zainuddin Tersinggung Dengan Sikap Pelakon Baru
Pelakon Zarina Zainuddin akui terasa hati dengan sikap segelintir pelakon baru yang pernah membuatkan dia tersinggung.
Menurut Zarina, beberapa pelakon yang dimaksudkan itu perlu 'dibahasakan' agar mereka tahu menghormati orang lain.
"Pelakon baru ni kadang-kadang kena bahasakan diorang sikit kalau tak memang tak reti nak hormat orang, maaf cakap lah ya.
"Saya sebagai pelakon senior memang kadang-kadang terasa hati dengan sikap pelakon baru, bukan semua tapi ada lah segelintir, lebih lagi nama tengah naik," tulisnya di Instagram.
Di entri sama, Zarina turut berkongsi video melakonkan aksi pelakon yang dimaksudkan itu.
"Siapa makan cili dia lah terasa pedasnya, betul tak?" tambahnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Zarina turut tidak berpuas hati membaca kisah mengenai sikap pelakon baru yang diperkatakan itu.
Pada masa yang sama, ada juga wargamaya yang turut mengaitkan situasi itu dalam bidang pekerjaan yang lain untuk dijadikan pengajaran.
Sekadar info, Zarina mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azraidan dan Muhammad Adam Azrai.