Siapa Mr J Yang Selalu Hantar Bunga Kepada Bekas Isteri Hafiz Hamidun, Joy?

Syafiqah Jalal
Disember 27, 2017 05:13 MYT
Bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa akui sering menerima kiriman jambangan bunga daripada jejaka yang menggelarkan dirinya sebagai Mr J.
Joy yang juga usahawan kosmetik menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik foto sejambak bunga mawar dan sekotak barang kemas jenama Cartier bersama kad yang tertera nama Mr J.
Joy memberitahu yang dia lebih suka jika pengirim itu menghantarkannya buah durian kerana menganggap ia lebih mahal dan boleh dimakan berbanding bunga.
Bagaimanapun, Joy tetap mengucapkan terima kasih kepada Mr J kerana sering menghantar jambangan bunga itu.
Rata-rata pengikutnya cuba berteka-teki siapakah jejaka tersebut dan tidak kurang juga yang menanggap Joy menerima hadiah daripada ‘secret admire’.
Joy dan Hafiz baru sahaja disahkan bercerai pada 25 Oktober lalu selepas bernikah 1 Mei 2017.
Foto: Instagram Joy Revfa
#cerai #Hafiz Hamidun #Cinta #Joy Revfa