Laman Utama

"Siapa Nak Review Produk Besar Ke Kecil Ke, Elakkan Wanita Bertudung Boleh Tak" - Noorkhiriah

Asraf Aided
25/09/2021
02:40 MYT
Pelakon Noorkhiriah membuat teguran tentang isu segelintir pihak yang menampilkan wanita bertudung untuk mengiklankan (review) produk yang digambarkan berkaitan saiz payudara.
Menurut Noorkhiriah, perbuatan sebegitu mampu menjatuhkan maruah kaum hawa terutamanya yang memakai tudung.
"Maaf andai apa yang nak disentuh ini membangkitkan kemarahan sesiapa yang membaca, begini, sesiapa yang nak buat review produk besar ke kecil ke apa ke, tolong elakkan wanita bertudung boleh tak?
"Menjatuhkan maruah, atau korang saja memang nak menjatuhkan maruah wanita bertudung, sebab itu bertudung menutupi dada, labuh dan bila dah labuh tak perlu tergoyang-goyang sebab tetap akan nampak.
"Buat relax sudah, semua orang tahu apa di sebalik tudung, pakai tudung ikat leher lepas tu tergoyang-goyang, motif apa?" coretnya di Instagram.
Kata Noorkhiriah, dia membuat teguran itu atas dasar sesama wanita yang perlu saling hormat dan menjaga maruah sesama sendiri.
"Maaf saya tegur, kita sesama wanita hormat dan jagalah maruah kita.
"Saya tak nak cakap besar tapi selagi punya kudrat walaupun makan kicap sekalipun saya takkan buat review sebegini," jelasnya.
Bagaimanapun, Noorkhiriah bertindak dengan menutup ruangan komen di entri berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Noorkhiriah Mohon Maaf Badan Fareez Berbirat Masa Babak Pukul, Fauzi Nawawi Tak Marah - “Tak Apa, Anak Jantan”

gempak
22/06/2024
02:05 MYT
Pelakon, Fauzi Nawawi tidak melenting apabila mengetahui badan anaknya iaitu Fareez berbirat selepas melakonkan babak dipukul bersama aktres, Noorkhiriah.
Hiburan

Mahu Bekas Isteri Sedap Dipeluk Punca Teuku Ryan Kutuk Tubuh Ria Ricis

gempak
08/05/2024
02:09 MYT
Teuku Ryan akhirnya bersuara susulan tersebar dokumen mahkamah usai sah penceraian di antara dirinya dan Ria Ricis yang antaranya mengandungi dakwaan pelakon tersebut menghina bentuk tubuh bekas isteri sebagai terlalu kurus dan memiliki payudara ‘rata’.
Hiburan

Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan

gempak
06/05/2024
08:30 MYT
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Viral

16 Kali Buat Pembedahan, Katie Price Dakwa Pemilik P*yudara Terbesar Di Britain

gempak
20/04/2024
14:50 MYT
Model Katie Price mendakwa dirinya sebagai pemilik payudara terbesar di Britain dengan ukuran 2120 CC menerusi beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadap aset tersebut.
Hiburan

Noorkhiriah Reda Van Jenazah Yang Diinfak Hangus Terbakar - “Bila Allah Uji Macam Ini, Akak Terima”

gempak
01/03/2024
02:55 MYT
Noorkhiriah sedih tapi reda.