Hiburan

“Siapa ni? Aku Tak Undi Dia” - Tampil Dengan Wajah ‘Baby Face’, Hael Husaini Kejutkan Peminat

Azwa Rahman
22/04/2020
10:57 MYT
Penyanyi Hael Husaini mencuri tumpuan peminat apabila berkongsi penampilan wajah terbarunya yang bebas jambang.
Menerusi laman sosial Instagram, Hael memuat naik sekeping foto wajah ‘bersih’nya untuk tatapan umum.
“Togel okay?” tanya Hael sebagai kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, wajah Hael bertukar menjadi ‘baby face’ dan dilihat cukup berbeza dengan penampilannya yang sudah biasa bermisai serta berjambang.

Togel okay? . #senyumanramadhanhh

A post shared by TERLANJUR CINTA - New Release (@haelhusaini) on

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut terkejut dengan perubahan itu dan bersetuju jika wajah Hael lebih elok berjambang.
“Alahhhh, kena ada jambang jugak baru sesuai,” komen seorang wargamaya.
“Sape ni? Aku tak vote dia,” usik seorang wargamaya.
“Okay betul, tapi misai maintain please? Halah, done rebah,” pinta seorang wargamaya.
“Ada jambang lebih baik la Hael, nipiskan je sikit,” tegur seorang wargamaya lagi.
Hael merupakan satu antara tujuh personaliti popular tanah air yang menjadi duta ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ bersempena kempen Ramadan Raya 2020 bersama Astro.
Selain Hael, personaliti lain yang menjadi duta kempen ini ialah Nabil Ahmad, Ernie Zakri, Shiha Zikir, Sherry Alhadad, Ben Amir dan Chubb-E.
Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.
Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.
Selain itu, Hael juga menciptakan lagu khas sempena kempen ini yang berjudul Senyuman Ramadan!
Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!
Untuk lebih informasi, layari laman web www.astroraya.com.my!
Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.
Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

gempak
16/07/2024
13:25 MYT
Membuka pentas minggu pertama dengan tema Tik & Tok, 30 peserta bakal berduet dalam menampilkan kehebatan masing-masing.
Hiburan

Hael Husaini, Putera Muhammad, Irfan Haris, Mawi Menanti Keberkatan Ramadan

gempak
05/03/2024
05:10 MYT
Apa kata artis sempena kedatangan Ramadan.
Viral

Vida Belanja Tiket Penerbangan RM40,000 Untuk Kacak - “Tak Ada Membazir, Mama Nak Kita Duduk Bersama”

gempak
27/02/2024
23:55 MYT
Wah bestnya!