Sejak ditayangkan, drama Sihir menerima komen positif dan berjaya mendapat tempat di hati penonton.

Bukan hanya sekadar pujian, penonton juga sudah mewujudkan hashtag #TeamNuh dan juga #TeamHud walaupun baru sahaja episod satu ditayangkan sebelum ini.

Rata-rata penonton juga menyatakan rasa puas hati dengan keserasian lakonan Kamal Adli dan Hun Haqeem.

Namun apa yang best sangat Sihir ni?

Ini 11 sebab mengapa anda wajib tonton Sihir!

#1. Hun Haqeem dan Kamal Adli

Sedap mata memandang sedap lagi melihat mutu lakonan dua aktor kacak yang semakin hari semakin power. Pemilihan Kamal dan Hun untuk Sihir ini boleh dikatakan sangat love kerana keserasian mereka dan lakonan yang neutral.

#2. Kamal abang yang cool

Memegang watak sebagai Nuh iaitu abang kepada Hud yang memang sangat sempoi. Anda boleh lihat sendiri bagaimana keakraban dua beradik ini. Hmm patutlah ada yang kata rindu dekat abang sendiri lepas tonton perangai Nuh.

#3. Kisah benar

Sihir merupakan idea asal yang diilhamkan oleh pengarah prolifik Michael Ang, Syawal Azrai dan Srikandi Emma manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Michelle Yoon, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan serta Mamu Vies.

Menariknya lagi, Sihir juga diambil daripada kisah benar yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Episod yang mana? Nak tahu kenalah tonton guys!

#4. Sihir, arahan Kamal dan Hun

Tahu tak Sihir ini selain daripada arahan sutradara Michael Ang dan Azmir Effendi, Kamal dan Hun juga terlibat sebagai pengarah tau.

Boleh dikatakan ini merupakan hasil debut pertama Kamal dan Hun sebagai pengarah lah, fuiyo!

#5. Santai dan seram

Tidak hanya tertumpu pada jalan cerita yang seram, Sihir juga dineutralkan dengan penceritaan santai. Sebab itulah drama ini sesuai ditonton dengan seisi keluarga.

#6. Kamal dan Hun lawak betul!

Ghisau! Ha dalam Sihir ni anda sendiri boleh melihat perangai adik-beradik kembar Nuh dan Hud ni. Kuat mengusik, lucu dan kalau perasan semuanya nampak neutral, kenapa?

Kalau nak tahu itulah perangai Kamal dan Hun, set penggambaran pun ceria bila mereka ada. Masing-masing punya telatah, uhai geram.

#7. Bromance Nuh, Hud

Sama seperti dalam drama Korea, keserasian antara dua pelakon lelaki dalam drama selalunya sangat menyenangkan untuk ditonton.

Ini kerana keakraban mereka akan membuatkan watak itu menjadi lebih ‘gila’, lucu dan lawak sama seperti karakter Nuh dan Hud dalam Sihir.

#8. Pelakon best

Selain Kamal dan Hun, Sihir juga turut melibatkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Wan Ellyas, Zaryn Myn, Fiza Thomas, Farah Ahmad, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

#9. Pengajaran

Drama ini mengandungi banyak mesej berguna untuk penonton. Sebagai contoh walaupun kita kini sudah berada di zaman yang serba moden, kepercayaan dan kebergantungan segelintir masyarakat terhadap perkara khurafat yang melanggar akidah seperti sihir dan santau masih meluas dalam kehidupan seharian.

Ini jelas dapat kita perhatikan menerusi pelbagai perkongsian yang membimbangkan terutamanya di media sosial.

#10. Pendedahan Sihir

Mesej utama yang ingin disampaikan menerusi naskhah ini ialah untuk memberi pendedahan tentang bahana amalan sihir sekaligus mendidik audiens supaya tidak sekali-kali terpengaruh dengan perkara yang khurafat seumpama ini.

#11. Nak tahu siapa Nuh dan Hud yang sebenar

Watak Nuh yang dilakonkan oleh Kamal Adli merupakan seorang yang mempunyai kebolehan untuk menerima sesuatu alamat atau petanda menerusi mimpi.

Manakala watak Hud lakonan Hun Haqeem pula merupakan seorang yang mempunyai kelebihan dan hijab untuk melihat sebarang entiti seram dan perkara yang berkaitan dengan sihir.

Nak tahu siapa mereka ni haruslah tonton Sihir sampai akhir ya.

Saksikan Sihir setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih feksibel, Sihir juga boleh distrim di aplikasi Astro Go dan On Demand.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.