Diam tak diam sudah tujuh minggu pentas Gegar Vaganza (GV)7 bersiaran dan pencarian juara juga sudah hampir ke penghujungnya.

Minggu ini di pentas suku akhir, para bintang GV7 diberikan tugasan untuk menyampai lagu-lagu yang pernah dinyanyikan alumni GV pada malam bertemakan GV Throwback.

Siapa di antara lapan bintang yang tinggal bakal mara ke peringkat separuh akhir minggu hadapan?

Mampukah para bintang ini mencapai ‘standard’ nyanyian seperti yang dikehendaki para juri atau memberikan persembahan lebih baik daripada ‘senior’ mereka?

Jom kita tengok lagu yang akan dinyanyikan oleh para bintang malam ini:

1. Oja - Memori Cinta Luka (Nassier Wahab)
2. Ashira - Nur Kasih (Slam/Zamani)
3. Noraniza Idris – Anak Kampung (One Nation Emcees)
4. Yantzen – Segalanya Ku Terima (Illusi/Ayai)
5. Muss - Seragam Hitam (Kristal/ Lan Solo)
6. Linda Nanuwil - Teringin (Shima)
7. Ayu Damit - Rahsia pohon cemara (Exist/Mamat)
8. Cliff Umar - Pesanan Buat Kekasih (Spring/Ameng)

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial)

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan ulangannya pukul 11.00 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.