Viral
Siapa Patut Membeli di ElewsMart? Viral Di Twitter, Ramai Beri Pandangan & Pendapat
Pembukaan ElewsMart menjadi perbincangan hangat di media sosial terutamanya di Twitter kerana barangan yang dijual sangat murah berbanding di tempat-tempat lain. Perbincangan lebih tertumpu kepada siapa yang sepatutnya dibenarkan membeli belah di Elewsmart.
Penceramah, usahawan dan dermawan Ustaz Ebit Lew menjadi tumpuan apabila dia membuka 10 cawangan ElewsMart secara berperingkat-peringkat.
"Tak sabar, setiap cawangan ada Food Bank untuk orang yang memerlukan dan ingin memberi. Dan akan letak harga murah.
"Ya Allah, berkatilah usaha ini. Berkati dan rahmatilah semuanya. Jadi asbab kebaikan buat semua," tulis Ebit Lew tentang pembukaan ElewsMart.
Melihat kepada harga yang diletakkan untuk untuk pembukaan besar-besaran dua cawangan pertamanya di Bandar Baru Bangi pada 18 Julai dan di TTDI Grove Kajang pada 19 Julai ini, rata-rata memberikan pendapat siapa yang patut membeli barangan di ElewsMart tersebut.
"Kalau mampu pergi market biasa silakan pergi ke market biasa. ElewsMart ni biarlah orang yang kurang berkemampuan yang pergi. Bagi peluang kat orang lain pula," tulis @heunoras di Twitter yang mendapat lebih 43,000 ulang kicau dan 35,000 tanda suka.
Ramai yang bersetuju dengan pendapatnya dan ada yang mencadangkan cara-cara yang lebih sesuai untuk membantu gologan yang kurang berkemampuan.
"Mungkin ElewsMart boleh keluarkan kad khas untuk golongan yang kurang berkemampuan. Dorang boleh apply. Siapa yang tunjuk kad tu bolehlah beli dengan harga murah. Yang tak ada, guna harga biasa," tulis @nrl_friman.
"Dia jual murah dari tempat lain sebab dia nak suruh orang yang kurang berkemampuan untuk beli barang yang berkualiti tapi harga murah. Ustaz Ebit Lew nak bantu golongan macam tu. Aku faham mart ni semua orang boleh masuk dan beli, tapi berilah peluang dekat orang yang kurang mampu untuk beli," tulis @shahrulllll__
Namun begitu, ada juga yang berpendapat sebaliknya. Pada mereka, tidak salah untuk sesiapa sahaja membeli barangan di ElewsMart kerana ianya dapat menjana ekonomi ElewsMart itu sendiri dan mungkin dapat membantu lebih ramai orang.
"Macam ni. Salah. Macam mana retailer nak dapat modal untuk bagi diskaun dengan lebih banyak kalau yang berkemampuan tak pergi support? Kita nak support orang biarlah berterusan. Yang kaya pun boleh beli untuk support retailer bagi lagi banyak diskaun," tulis Karl80653865
"Tapi macam lagi okay kalau lagi ramai yang support business Ustaz Ebit Lew ni sebab sales dorang akan lagi tinggi. Untuk pengetahuan semua, Ustaz Ebit Lew ada buat food bank di setiap cawangan ElewsMart untuk bantu yang tak berkemampuan. Kalau boleh support, support lah mart ut. Insya-Allah boleh bantu Ustaz Ebit Lew buka banyak lagi cawangan," cadang @mhdwz
"Kalau dah namanya bisnes kenalah semua boleh masuk. Barang habis boleh restock. Niaga barang runcit ni bukannya besar sangat pun margin sampai nak limitkan target market," tulis @AbdullahRamdzi
Dalam pada itu, ramai juga yang turut meluahkan rasa bimbang jika ElewsMart 'dipergunakan' oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan.
"Aku takut benda macam ni orang berkemampuan manipulasi, beli banyak-banyak. Mungkin ada beli lepas tu jual balik," tulis @dinnotiz
"Nanti keluarlah manusia yang jenis bodoh abadi ni pergi beli borong sampai tak ingat orang belakang. Saya cadangkan ElewsMart ni terhadkan pembelian kepada customer," tulis @hnifothman
Perkongsian tentang ElewsMart menjadi viral di Twitter apabila ramai yang berkongsi pendapat dan cadangan mengenainya.
Kicauan daripada @AslannAs turut menjadi perhatian warga Twitter tentang ElewsMart apabila mendapat lebih 25,000 ulang kicau dan lebih 30,000 tanda suka.
Kicauan @Twt_Cyberjaya juga mendapat banya perhatian apabila mendapat lebih 15,000 ulang kicau dan lebih 15,000 tanda suka.
Ramai yang berharap dengan menjadikannya viral, lebih ramai akan faham fungsi Ustaz Ebit Lew mengadakan ElewsMart dalam membantu golongan yang memerlukan.
Berikut adalah sedikit kenyataan Ustaz Ebit Lew tentang pembukaan ElewsMart.
"Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training, 3 Restoran Paramount Coffee House, Butik Elews. Kenapa tiba-tiba Mart?
"Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga.
"Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan," tulis Ebit Lew.
Selain dua cawangan di Bandar Baru Bangi yang akan dibuka pada 18 Julai dan TTDI Grove Kajang pada 19 Julai, lapan lagi cawangan yang bakal dibuka adalah di Cyberjaya, Dataran Perniagaan Cheras, Prima Sri Gombak Batu Caves, Plaza KLTS Gombak, Dataran Villa Putra Sg. Buloh, Pelangi Square Petaling Jaya, Seksyen 22 Shah Alam dan Taman Subang Perdana Shah Alam.
Must-Watch Video