Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Siapa Pelawak Umur 40-an Pergi Clubbing Dengan Budak Muda?

Miss K
17/12/2019 14:18 MYT
Aduhai, dah tua-tua pun masih lagi pijakkan kaki ke kelab malam ye? Seronok agaknya dapat kepit awek bergetah.

Sedarlah diri sikit wahai encik pelawak. Anak dan isteri di rumah tu terabai dan tidak dijaga, awak pula sedap je berkepit.

Sekarang mungkin awak tengah berduit…memanglah perempuan-perempuan muda yang gatal ni sedap himpit awak.

Cuba kalau awak ‘jatuh’ esok-esok? Awak rasa nak ke perempuan-perempuan ni semua tergedik-gedik himpit awak?

Memang lambat lagi encik pelawak oi…Jadi, awak janganlah berangan! Umur pun dah masuk 40-an, seelok-eloknya fokus sahaja pada isteri dan anak di rumah.

Yang perempuan-perempuan ni pun satu, bukan tak tahu yang pelawak ni dah berbini! Memang sengaja menggatal, nak jugak try laki orang!

Please lah dik…Maruah awak di mana? Cuba kalau laki mak awak orang kebas? Awak suka ke? Cubalah hormat hak orang dik.

Entahlah, Miss K sebenarnya geram sebab tak berapa nak faham dengan orang-orang yang tak reti nak hormat hak orang dan tak jaga hati wanita ni!

Agaknya inilah sebab Miss K jadi bujang terlajak sampai sekarang, susah nak cari lelaki setia…Jantan jongos banyak!

Lepas satu-satu yang buat hal! Sakit hatilah!

Kepada pelawak tersebut, tak payah sentap kalau awak baca tulisan Miss K ni, foto awak yang Miss K dapat ini pun DJ kelab yang awak kunjungi tu yang share di Insta Story dia!

Jadi, fikir-fikirkanlah…Awak orang popular, dikenali…Gerak-geri awak orang perhati tau! Sudah-sudahlah belai perempuan-perempuan yang nak kikis duit ringgit awak tu…Baliklah pada anak bini!

Oklah semua, Miss K nak tidur…Esok ada appointment dengan doktor gigi! Selamat malam, dan minta maaflah sebab Miss K emo sikit malam ni, mood terganggu sebab sakit gigi!

Miss K: Dah lama tak pergi clubbing!

#Miss K #Gossip #Pelawak #Miss K