Berita
Siapa Pemilik Nombor Plat Ini?
Ratusan nombor plat kenderaan dikutip dalam pagar kediaman milik pesara kerajaan, Ahya Abdullah, 65, di Jalan Kuala Krai -Jalan Ketereh selepas dibawa arus deras ketika banjir minggu lalu.
BERITA BERKAITAN:Kacak Wakilkan DSV Beri Bantuan RM200,000 Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan
BERITA BERKAITAN:"Jangan Salah 'Jual Diri', Bergaya Biar Bertempat" - Kak KM
Kediaman Ahya yang berada kira-kira dua meter di tepi jalan raya utama dari Gua Musang menuju ke Kota Bharu antara faktor banyak nombor plat yang terkumpul di hadapan rumahnya itu.
Menurut warga emas itu, hujan lebat pada Rabu minggu lalu mengakibatkan air lebih 0.3 meter di atas jalan raya itu tetapi ramai pemandu terpaksa meredah arusnya kerana ada yang mungkin tidak tahu berlaku banjir di lokasi itu.
"Saya dan anak-anak mengumpul nombor plat itu di tepi pagar rumah bagi memudahkan pemilik kenderaan mendapatkannya semula," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kota Bahru,Kelantan pada Selasa
Ahya memberitahu, selepas air surut, ada pemandu yang dilihat datang meninjau di kawasan itu yang hanya beberapa meter dari Masjid Omar Abdul Aziz Ketereh.
Bapa tiga anak itu berkata, kos membuat nombor plat baharu juga tidak murah dan jika pemandu mahu berjimat boleh datang mencarinya di situ kerana banyak nombor yang masih dalam keadaan baik.
"Kami mula mengutip ratusan nombor plat yang terperangkap di pagar dan hadapan pintu rumah pada Ahad selepas air mula surut," katanya.
Jelasnya lagi, kawasan itu juga seperti pesta kerana orang ramai turun bermain banjir selain kenderaan yang meredah air.