Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Siapa Penerima Anugerah Sri Wirama dan Kembara AIM 22?

Muhammad Ridhwan Roslan 18/12/2016 | 06:38 MYT
Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) malam ini bakal menyaksikan sebuah karya, diangkat sebagai yang terbaik.
16 kategori bakal dipertandingkan menyaksikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mendominasikan tujuh kategori untuk kali ini.
Namun, dua anugerah juri yang sentiasa mendapat perhatian ramai adalah Anugerah Sri Wirama dan Anugerah Kembara.
Untuk AIM22, milik siapakah trofi ini yang dinilai menerusi sumbangan penyanyi itu di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Astro Gempak mengimbas kembali senarai pemilik trofi Anugerah Sri Wirama dan Anugerah Kembara yang mula diperkenalkan pada tahun 1993.
Anugerah Sri Wirama
1993: Ahmad Nawab dan Sudirman
1994: Ahmad Daud
1995: Ahmad Merican
1996: Tan Sri SM Salim
1997: Julie Sudiro dan Zain Azman
1998: Datuk Johari Salleh
1999: Datuk Sharifah Aini
2000: Rosiah Chik
2001: Datuk M. Nasir
2002: Ali Bakar
2003: Orkestra Nirwana
2004: Frankie Cheah
2005: S. Atan
2006: Freddie Fernandez
2007: Fauzi Marzuki
2008: Habsah Hassan
2009: Adnan Abu Hassan
2010/11: Beh Suat Pheng
2011/12: Kumpulan Alleycats
2012/13: Tony Fernandes
2013/14: Ramli Sarip
Anugerah Kembara:
1996: Datuk Sheila Majid
1997: Kumpulan Slam
1998: Kumpulan Raihan
1999: Kumpulan KRU
2000: Datuk Siti Nurhaliza
2001: Kumpulan Raihan
2004: Datuk Siti Nurhaliza
2005: Datuk Siti Nurhaliza
2006: Kumpulan Raihan
2008: Kumpulan Pop Shuvit
2010: Kumpulan Bunkface
2011: Yuna
2012: Mizz Ninq
2013: Sheila Amzah
AIM 22 disiarkan secara langsung hari ini dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada jam 9 malam serta dihoskan oleh Adibah Noor dan Harith Iskander.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
#Penyanyi #AIM22 #Komposer
;