Hujung minggu Miss K yang dingin dek kerana hujan turun tak henti-henti terus menjadi hangat apabila menerima panggilan dari rakan Miss K, Shertina.

Menurut Shertina yang sering berulang alik dari Malaysia ke Australia, ada berita hangat yang harus diberitahu kepada Miss K.

"Miss K, kau nak tahu, ada seorang pengacara wanita ni memang berani mampos. Dia dah kahwin dengan pasangan sejenis kat Australia!

"Aku pun tak percaya tapi bila ada sumber yang bagi tahu, siap tunjuk aku gambar lagi, aku terkejut jadinya. Mengucap panjang aku Miss K," kata Shertina.

Tambah Shertina lagi, pasangan sejenis tersebut berkahwin selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Apa yang buat Miss K menyirap, Shertina ni buat hal pulak. Dia feeling dia boss Miss K.

Bila Miss K tanya siapa gerangan pengacara wanita tersebut, Shertina hanya tergelak dan tak mahu jawab persoalan Miss K.

Shertina feeling bawa watak boss Miss K pulak, suruh Miss K siasat sendiri siapa gerangan pengacara tersebut.

"Sekarang ni, aku nak bagi tugasan kat kau Miss K. Kau kena cari siapa pengacara tu. Hehehe bagilah aku peluang nak berangan acah-acah jadi boss kau Miss K.

"Tapi Miss K, memang betul tau cerita ni, sebab aku tengok gambar tu.. Konon-konon kat majlis mereka, siap ada gambar mesra gitu," kata Shertina.

Apa-apa pun, Miss K harap apa yang Shertina sampaikan ni tak benar. Mungkin gambar tu hanya sekadar lakonan, siapa tahu kan? Takkanlah ada pengacara wanita berani mati pulak nak kahwin sesama jenis. Berdosa tau!

Miss K: Putus sudah kasih dan sayang. Sabarlah Elfira dan Sufian ya. Masing-masing masih muda, jadi kejarlah cita-cita dulu!

Pssst...ada cerita menarik nak dikongsikan dengan Miss K, hantar e-mel ke [email protected]