Penyanyi popular, Khai Bahar menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Khai menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Khai mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi ucapan di hari istimewanya itu, pada masa yang sama dia turut mengucapkan selamat hari lahir kepada orang ramai yang meraikannya pada tarikh yang sama.

"Selamat hari lahir kepada saya, terima kasih kepada semua yang memberi ucapan, selamat hari lahir juga kepada anda semua, siapa yang sama kita geng!" tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Khai di ruangan komen.

Rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Khai.

Happy Birthday To Me, hahaha sambut dlam live ja. tq smua wish my birthday, and happy birthday to you all sapa yg sama kita geng.! ???❤️❤️???

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on




Dalam perkembangan lain, Khai akan mengadakan konsert sulungnya iaitu Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia pada 27 dan 28 Mac 2020.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.airasiaredtix.com bermula pada harga RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556 (Gold).

Mereka yang membeli tiket pada harga RM556 akan berpeluang untuk berjumpa dengan Khai selepas konsert.