“Siapa Sangka Dulu Pemandu Teksi, Mama Pula Kerani” – Dapat Ke Tanah Suci Lagi, Datin Shahida Percaya Pada Rezeki
Mya Amri
08/11/2021 06:15 MYT
08/11/2021 06:15 MYT
Isteri jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memanjatkan rasa syukur dapat membawa kedua ibu bapanya ke Tanah Suci sekali lagi.
Menurut Shahida, bapa dan ibunya sudah menunaikan kedua-dua ibadah haji dan umrah sebelum ini namun gembira kerana masih berpeluang untuk menjejakkan kaki kembali ke Kota Suci.
“Alhamdulillah... Ada rezeki lagi pergi ke bumi barakah ini bersama kedua-dua ibu dah ayah saya. Selalu je dorang cakap macam tak percaya dah banyak kali datang sini. Haji sudah umrah pun sudah.
“Siapa sangka kan dulu ayah saya hanya pemandu teksi dan juga bekas pengawal keselamatan... Mama saya pula kerja sebagai kerani.
“Rezeki orang tak sama... Begitu juga ujian juga berbeza beza... Spa yang kita lihat belum tentu sama dgn apa yang kita fikirkan. Banyakkan berlapang dada dengan ujian Allah. InsyaAllah bahagia akan datang,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Dalam pada itu, Shahida juga turut mendoakan pengikutnya yang menyimpan hasrat untuk ke Makkah menjadi insan terpilih untuk ke sana.
“Saya doakan semoga semua yang berimpian untuk ke tanah suci ini dapat menjejakkan kaki ke sini. Semoga kalian antara orang-orang yang terpilih oleh-NYA,” tulis Shahida.
Terdahulu, Shahida bersama kedua ibu bapanya berangkat ke Tanah Suci Makkah tiga hari lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!