Hiburan

“Siapa Sangka, Jumpa Hampir 9 Tahun Lepas…”Happy Anniversary, Manisnya Ucapan Yusry Buat Lisa Surihani

gempak
Mya Amri
24/02/2020
11:19 MYT
Sponsor Banner
“Siapa Sangka, Jumpa Hampir 9 Tahun Lepas…”Happy Anniversary,  Manisnya Ucapan Yusry Buat Lisa Surihani
Penyanyi dan pengarah Yusry Abdul Halim menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelapan bersama isterinya, aktres Lisa Surihani.
Sempena hari istimewa tersebut, Yusry telah mendedikasikan ucapan manis buat isteri tercinta menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
“Siapa sangka. Kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumah tangga selama 8 tahun.
“Ini adalah hubungan yang paling lama pernah saya jalinkan namun terasa singkat. Benarlah apabila ada yang kata masa berlalu dengan pantas apabila kita sangat bahagia.
“Terima kasih kerana menjadi segalanya buat saya sayang @lisasurihani. Selamat Hari Kita 8,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Yusry dan Lisa.
“Ada yang perasan semut lalu dekat feed korang tak malam-malam macam ni sebab manis sangat ni. Semoga bahagia hingga jannah abang @yusryabdhalim kak @lisasurihani,” tulis @midaroslee_
“Pasangan yang sepadan dan selalu manis. Semoga terus kekal hingga ke jannah sebab dua-dua saya minat sangat. Lisa yang comel, abang Yusry yang kacak. Kak yong dan adik memang mewarisi kecantikan dan kekacakan dari ibu bapanya. Love you always,” komen @qasehdiejiwa
Terdahulu, Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live