Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 32, mendedahkan kehidupan solo yang dijalani selepas berpisah dengan bekas isterinya, Aida Azira Hussin berjalan dengan baik.

Menurut Sam, segalanya berlangsung dengan lancar dan dia kini memberikan tumpuan terhadap kerjaya muziknya.

BACA: Tidak Sehaluan, Sam Bunkface & Isteri Sah Bercerai

"Alhamdulillah, kehidupan selepas saya kembali solo baik-baik sahaja. Kami menjaga anak berselang secara adil dan saksama. Saya kini memberikan fokus dalam kerjaya muzik bersama Bunkface.

"Semuanya okay, Bunkface pun baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Suara pada 13 Oktober lalu. Saya tiada masalah dengan bekas isteri dan kami berhubung secara profesional demi kesejahteraan anak.

"Buat masa ini, saya belum terfikir mahu mencari pengganti. Tetapi, jika perkara itu datang sendiri, Insya-Allah. Siapa yang tak nak pengganti kan?" kata Sam.



Sam ditemui bersama anggota Bunkface lain, Youk dan Paan di sidang media majlis pelancaran Konsert Hausboom Music 2019 di Pavilion Elite, Kuala Lumpur pada Isnin.

BACA: Ella, Hujan, Bunkface, Gerhana Ska Cinta & K-Clique Bakal Gamatkan Konsert Hausboom Music 2019

Bercerita mengenai persembahan terbabit, Sam mengakui mereka teruja untuk berkongsi pentas dengan kumpulan muzik hebat lain.

"Konsert ini agak berbeza kerana ia menampilkan pelbagai kumpulan muzik serta penyanyi yang tampil dengan genre berbeza. Pastinya ia akan menarik peminat pengunjung untuk hadir.

"Dalam pada itu, kami juga teruja kerana sudah lama tidak berkongsi pentas dengan kumpulan Hujan. Kami berharap konsert ini mendapat sambutan meriah.

"Kami bakal menyampaikan lagu terbaru kami, Suara bersama rangkaian lagu-lagu popular lain yang pastinya akan mengimbau memori manis peminat," katanya lagi.

❗HAUSBOOM MUSIC CONCERT ANNOUNCEMENT❗ Moment that we’ve been waiting for so long. ITS OFFICIAL! Hausboom Music presents local acts on November 10th 2019 ?? Thank you to all artistes and medias involved earlier today for our media invite session. Watch out this space for more updates! #hausboom #hausboommusic #hausboommusicconcert #hausboommusicpresents #hausboommusic19 #inilagiboom #lokallagiboom

A post shared by Hausboom Music (@hausboommusic) on

❗HAUSBOOM MUSIC CONCERT ANNOUNCEMENT❗ Moment that we’ve been waiting for so long. ITS OFFICIAL! Hausboom Music presents local acts on November 10th 2019 ?? Thank you to all artistes and medias involved earlier for our media invite session. #hausboom #hausboommusic #hausboommusicconcert #hausboommusicpresents #hausboommusic19 #inilagiboom #lokallagiboom

A post shared by Hausboom Music (@hausboommusic) on


Bunkface akan menyertai pemuzik terkenal lain yang datang daripada pelbagai genre muzik seperti hip hop, rock, reggae serta ska iaitu Hujan, Pop Shuvit, K-Clique, Gerhana Ska Cinta, Budak Nakal Hujung Simpang dan Ella.

Konsert Hausboom Music 2019 bakal diadakan pada 10 November ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan bermula dari 4 petang sehingga 10 malam.

Harga jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).

Tiket akan dibuka untuk jualan hanya melalui aplikasi TicketApps bermula 18 Oktober ini.