Siapa tak kenal dengan si petah Amarra Sofea Rose, puteri kepada pelakon Azad Jasmin dan Ira Syazira.

Kepada yang mengikuti laman sosial Amarra, pasti tahu yang si comel ini memang fasih berbahasa Inggeris dan kadang-kala ‘auta’nya itu buat Azad dan Ira tepuk dahi!

Baru-baru ini Amarra dibawa oleh ayahnya bersiar-siar sekitar bandaraya Kuala Lumpur, untuk sebuah program terbitan Astro Gempak iaitu, Anak-Anak Malaysiaku.

Bagaimanapun sifat ingin tahu yang tinggi si comel Amarra itu telah membuatkan kita terhibur melihatnya.

Ketika tiba di lokasi pertama iaitu, Dataran Merdeka Amarra tiba-tiba bertanya kepada Azad apa itu ‘Union Jack’.

“Apa itu Union Jack? Dia bapa saudara ayah ke?” Itu soalan pertama kanak-kanak yang baru berusia enam tahun kepada ayahnya.

Boleh bayangkan tak macam mana Azad hendak menjawab soalan daripada puteri sulungnya yang baru berusia tujuh tahun itu?

Saksikan episod penuh program Anak-Anak Malaysia ku di laman sosial YouTube kami, atau tengok sendiri gelagat comel dua beranak ini menerusi laman web gempak.com

Anda juga boleh menontonnya di IGTV kami.