Sepupu Neelofa, Noor Cahaya mendedahkan bahawa anaknya, Noor Sameera Mohd. Nazlee yang disahkan positif COVID-19 selepas mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarga yang baru pulang dari luar negara.

Menurut Noor Cahaya, anaknya yang berusia tujuh bulan itu kini merupakan mangsa termuda yang disahkan positif COVID-19 di Brunei.

"Tiada simptom, tak demam, tak batuk. Dia sihat walafiat. Malangnya, dia dapat daripada salah seorang keluarga 'in-laws' yang baru pulang daripada luar negara.

"Kepada pengikut atau sesiapa sahaja yang masih merayau di luar sana, tolong duduk di rumah, dan sesiapa yang baru tiba dari luar negara, tolong jangan sentuh ahli keluarga anda dan lakukan ujian.

"Anda mungkin tidak mempunyai simptom, tetapi anda pembawa. Jaga diri kalian, duduk di rumah, tolong doakan kesejahteraan baby girl saya dan keluarga saya," katanya menerusi satu posting di Instagram miliknya.

Oh my heart ? I’m sorry baby you have to go thru this , I’m sorry I couldn’t protect you enough... ?? we will fight this together sayang ... mummy will always be here for you .. Sameera is the youngest POSITIVE COVID-19 in BRUNEI .. no symptoms no fever no cough ..she’s perfectly healthy.. ?? unfortunately she got it from one of my in-laws that just got back from abroad ... dear followers anyone or whoever is still out there traveling roaming around please stay home and whoever just arrived home from overseas please please DO NOT TOUCH UR FAMILY AND DO THE TEST ! U will never know u might not hAve the symptoms but u can be the carrier. ! Be safe everyone ! and stay home Please keep my baby girl and my family in your Doa ??❤️?

A post shared by NoorCahaya (@missnoorcahaya) on


Dalam entri tersebut Noor Cahaya turut berkongsi sekeping foto memaparkan anaknya yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Brunei.

Semalam, Neelofa memaklumkan bahawa anak sepupunya, Sameera disahkan positif COVID-19.

BACA: Anak Sepupu Neelofa Positif COVID-19

Apapun jangan lupa, pastikan anda selalu mencuci tangan, gunakan 'sanitizer' dan kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!