“Siapa Yang Saya Nak Jilat Sempena PRU15?” - Azhar Sulaiman Senaraikan 7 Jawapan, Tegaskan Diri Bukan ‘Cybertrooper’
Asyikin Mayudin
19/10/2022 00:55 MYT
19/10/2022 00:55 MYT
Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan tiba tidak lama lagi, pelakon Azhar Sulaiman menyenaraikan tujuh sebab dia memilih untuk mengundi sebuah parti politik.
Selain menegaskan dirinya bukan ‘cybertroopers’, Azhar yang sememangnya ahli parti politik UMNO memberitahu kadang-kala pendapat yang dikongsikan di laman sosial mewakili suara dan perasaan orang lain.
“Siapa yang Azhar nak jilat ni sempena PRU15 ni? Jawapan Mami (saya) kepada mereka. Pertama, saya ahli UMNO dan akan undi UMNO.
“Kedua, saya media social player yang komen fasal isu semasa like other people juga. Ketiga, walaupun saya penyokong UMNO, cara pemikiran saya berbeza dalam bersuara tentang politik.
“Keempat, I am not a cybertrooper dan tidak bertuan. Kelima, I am a alone ranger. Keenam, my opinion sometimes mewakili suara dan perasaan orang lain.
“Ketujuh, my posting normally carries a deeper meaning and you have to learn to read between the lines,” katanya menerusi laman Instagram.
Rata-rata netizen memuji sikap keterbukaan Azhar berkongsi perkara tersebut dan menganggap aktor itu tidak ‘lalang’ dalam memihak sesebuah parti politik.
“Setuju berprinsip, pandai menilai parti yang mana lebih baik untuk negara ini dan bukan macam a few artis katak murahan dan tak kenang jasa! Tahniah.
“Good mami. Sekurang-kurangnya tidak lalang,” komen netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!