"Siapa Yang Serba Tak Puas Hati Tu, Pergi Berubat Okey" - Abby Abadi
Amri Hassan
23/02/2024 07:55 MYT
23/02/2024 07:55 MYT
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir warganet yang sentiasa mencari kesalahan dan mencampuri urusan orang lain.
"Ada manusia yang tak suka tengok orang berbaik, orang bahagia tapi follow IG.
"Ada tu tak follow pun kita tapi bila kita post komen macam kenal lama, macam duduk serumah. Macam serba pandai tentang hidup orang.
"Siapa yang serba tak puas hati tu, pergi berubat okay. Nampak macam sakit tu. Minta Allah SWT bantu, dunia dan di akhir-akhir ni. Jaga diri," ujarnya dalam satu hantaran di Instagram Stories.
Dalam video terbabit, Abby dilihat memeluk sambil mencium pipi Marissa semasa sesi bergambar bersama keluarga.
Dalam video berkenaan, turut kelihatan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria dan keluarga bekas suami iaitu pelakon, Norman Hakim, Memey Suhaiza serta anak-anak mereka yang lain.
Terdahulu, nama Marissa yang juga merupakan seorang model dan pempengaruh kembali hangat selepas didakwa telah berkahwin secara senyap di Songkhla,Thailand dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.
Lelaki tersebut adalah individu sama yang pernah dikaitkan dengan Marissa pada tahun lalu tentang hubungan sulit mereka.
Pada masa sama, kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah, mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.
Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.
Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.
Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan atau menafikan pernikahan tersebut.
BERITA TRENDING: “Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya” - Abby Abadi
Jelas Abby, dia tidak faham dengan individu yang menulis komen seakan-akan serba tahu tentang kehidupan peribadinya."Ada manusia yang tak suka tengok orang berbaik, orang bahagia tapi follow IG.
"Ada tu tak follow pun kita tapi bila kita post komen macam kenal lama, macam duduk serumah. Macam serba pandai tentang hidup orang.
"Siapa yang serba tak puas hati tu, pergi berubat okay. Nampak macam sakit tu. Minta Allah SWT bantu, dunia dan di akhir-akhir ni. Jaga diri," ujarnya dalam satu hantaran di Instagram Stories.
BERITA TRENDING: Marissa Dania Malu-Malu Kucing Disuruh Menari!
Terdahulu, Abby berkongsi momen mesranya sekeluarga termasuk anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang hadir memenuhi jemputan promosi buffet Ramadan di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.Dalam video terbabit, Abby dilihat memeluk sambil mencium pipi Marissa semasa sesi bergambar bersama keluarga.
Dalam video berkenaan, turut kelihatan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria dan keluarga bekas suami iaitu pelakon, Norman Hakim, Memey Suhaiza serta anak-anak mereka yang lain.
Terdahulu, nama Marissa yang juga merupakan seorang model dan pempengaruh kembali hangat selepas didakwa telah berkahwin secara senyap di Songkhla,Thailand dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.
Lelaki tersebut adalah individu sama yang pernah dikaitkan dengan Marissa pada tahun lalu tentang hubungan sulit mereka.
Pada masa sama, kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah, mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.
Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.
Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.
Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan atau menafikan pernikahan tersebut.
#Kahwin
#Viral
#Netizen
#Abby Abadi
#Norman Hakim
#Thailand
#Marissa Dania Hakim
#Penyondol
#Siam
#Aslam
#Umisya Mazlan