Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Siapa Yang Tahu, Tahu..” - Video Mengaji Tular, MK Tak Mahu Kongsi Kisah Peribadi

Azwa Rahman 29/06/2022 | 16:16 MYT

Penyanyi rap MK K-Clique mengakui dia bukanlah seorang yang suka menunjuk terutamanya jika perkara itu melibatkan urusan peribadi.

Minggu lalu, tular video menunjukkan dirinya menjadi imam dan mengaji sewaktu pulang ke rumah keluarganya di Sabah.
Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dia jarang berkongsi perkara-perkara itu kerana risau menjadi spekulasi ramai.
“Saya taknak share benda tu sebab saya tak mahu benda tu jadi spekulasi samada ia menunjuk atau dipandang baik. Saya tak mahu benda tu jadi perbalahan antara dua tu.
“Siapa yang tahu, tahu. Siapa yang tak tahu, tak tahu. Tapi saya tak buat tu untuk pendapat oranglah.
“Waktu tu saya balik ke Sabah sebab saya dah lama tak jumpa keluarga, tak jumpa mak saya. Jadi alhamdulillah bila ada peluang balik, saya nak buat semua benda dengan dia,” kata MK kepada Gempak.
Mengulas tentang kesihatan ibunya yang terkini, MK memohon orang ramai mendoakan yang terbaik.
“Alhamdulillah, doakan yang baik-baik untuk mak saya,” jelasnya.
MK ditemui pada majlis sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin terbitan KRU yang akan disiarkan di Astro First pada 7 Julai nanti.
Pada masa yang sama, nama MK juga menjadi sebutan selepas tular video dia menarik tangan seorang gadis yang didakwa sebagai teman wanitanya ketika menghadiri sebuah majlis kenduri sekitar beberapa bulan lalu.
“Isu pegang tangan ni sebenarnya ada pendapat yang salah. Ketika dalam keadaan yang kelam-kabut tu, kami dah lambat dan kami nak cepat. Jadi benda pegang tangan tu terjadi secara automatik. Yang ada di depan ada kakak dan adik saya. Bukannya saya nak tunjuk mesra.
“Untuk menjawab status sekarang, saya sangat hargai setiap individu yang mendoakan kerjaya saya. Saya seorang yang bekerja keras untuk keluarga,” ujarnya lagi.
Dalam perkongsian tersebut, MK dilihat memegang tangan wanita terbabit sambil jalan menuju keluar dewan.

#MK K-Clique #Kisah peribadi MK #MK mengaji
;