Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Siapa Yang Tahu, Tahulah ..." - Identiti Kekasih Mira Filzah Mula Dibongkar Netizen, Katanya Anak Ahli Parlimen ...

Amri Hassan 06/01/2020 | 08:25 MYT
Masih tetap dengan pendiriannya, pelakon Mira Filzah mengunci mulut daripada mengulas mengenai identiti kekasihnya yang mula dibongkarkan netizen sejak akhir-akhir ini.
BACA: Bakal Berkahwin 2020? Ini Jawapan Mira Filzah
Jelas Mira, dia membiarkan orang luar membuat telahan mengenai identiti jejaka itu.
"Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.
"Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah... Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.
"Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga, katanya kepada Berita Harian.
Menurut sumber, jejaka yang mencuri hatinya itu dikatakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.
Bapanya pula adalah Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad merupakan bekas Ahli Parlimen yang sama. Allahyarham telah meninggal dunia dalam insiden helikopter di Sarawak pada tahun 2016 lalu.
Malah, difahamkan juga lelaki ini merupakan kawan lama kepada Mira Filzah sewaktu zaman belajar dahulu namun hubungan persahabatan mereka terputus selepas Wan Emir melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Lebih mengukuhkan spekulasi apabila jejaka sama muncul di majlis sama yang dihadiri Mira malam tadi.
Justeru, situasi itu membuatkan Mira enggan terlalu terbuka bercerita mengenai perancangan masa depan.
"Belum masanya untuk saya bercakap mengenai perkara itu. Bukan nak berahsia, tetapi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang.
"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan hubungan mereka melangkah ke alam perkahwinan. Saya juga mengharapkan perkara sama," katanya.
Menerusi tinjauan Gempak, kedua-duanya mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Sumber: Berita Harian
#Viral #Mira Filzah #Kekasih #Viral
;