Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Siapa Yati Dalam Hidup Aizat? Watak Misteri Yang Masih Belum Terungkai Dalam Projek: Anchor SPM!

Hanafis Haris
09/04/2021 06:11 MYT

Selain menampilkan pelbagai babak dan kisah dramatik pelajar sekolah, Projek: Anchor SPM juga banyak meninggalkan 1,001 persoalan.

Antara perkara yang sehingga hari ini masih menjadi misteri adalah kehadiran watak Yati.

Malah, penonton sejak minggu lalu tidak sabar menantikan kemunculan Yati dalam episod-episod seterusnya.

Jika diimbas kembali ‘kemunculan’ Yati ini dapat dilihat pada episod pertama apabila gambarnya terselit dalam dompet Aizat lakonan Aedy Asyraf.

Selain itu, nama wanita tersebut juga sudah beberapa kali disebut oleh Botol lakonan Chubb-E.

Paling ketara adalah episod empat yang mana Aizat mengatakan Yati adalah seorang insan penting dalam hidupnya.

Jadi siapakah Yati? Adakah dia cinta pertama Aizat?

Anda kena tonton episod seterusnya untuk merungkai persoalan berkenaan.

Pada yang terlepas, boleh tonton Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

#Daiyan Trisha #AedyAshraf #ProjekAnchorSPM
;