SUARA VIRAL

Siapakah Juara Suara Viral? Malam Ini Detik Penentuan, Siti Nurhaliza Bakal Muncul Di Konsert Akhir, Wow!

ZULHILMI JALIL 05/08/2020 | 02:30 MYT
Selepas tujuh minggu bersiaran menerusi konsert mingguan, program realiti Suara Viral akhirnya menemui kemuncaknya malam ini.

Malam nanti bakal menjadi penentu siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Suara Viral musim pertama.

Lima peserta yang bakal berentap di pentas akhir nanti ialah Boy, Ameem, Farah, Bella dan Soffwany.

Semestinya satu cabaran buat mereka apabila konsert akhir malam nanti juga akan diadakan satu proses penyingkiran lagi.

Peserta yang berada di kedudukan paling bawah di pusingan pertama akan disingkirkan daripada terus melakukan persembahan di pusingan kedua.

Secara tidak langsung, hanya empat peserta sahaja yang layak ke pusingan seterusnya malam nanti.

Kesemua persembahan para peserta malam nanti akan diadili oleh dua orang juri tetap, Misha Omar dan Akim Ahmad selain seorang juri jemputan, penyanyi rock terkenal, Datuk Awie.

Bahkan, persembahan mereka juga itu nanti akan dinilai oleh lapan juri duduk rumah.

Istimewanya lagi, malam nanti juga artis tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal membuat kemunculan.

Minggu ni dah final guys. Jom kita tengok preparation finalis semua. Korang sokong sape? Share la dengan admin #SUARAVIRAL #SuaraViral2020 #BarulahON

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Jadi, kalau nak tahu apa yang bakal terjadi di pentas akhir Suara Viral, jangan lupa saksikan mereka semua di Astro Prima (125) dan Astri Prima HD (105) yang bersiaran pukul 9 malam ini.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal, dan Marsha Milan Londoh.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.

#Siti Nurhaliza #Final #Suara Viral